eats logo

Reviews

Sentuhan chef Thai

Sentuhan chef Thai | Viewed 20369 times

Rating |
Comments  0

SEMEMANGNYA masakan Thailand digemari masyarakat di negara ini terutama tomyam. Bagaimanapun keaslian rasa masakan sup asli Thailand sudah tiada keaslian kerana pelbagai bahan dicampur-aduk.

Pelbagai restoran dan kedai makan berlumba menawarkan masakan Thailand yang kononnya asli. Namun apabila menjamah hasilnya amat mendukacitakan malah tak seperti yang diiklankan.

Sempena Ramadan yang bakal tiba, penggemar makanan Thailand yang masih tercari-cari masakan asli negara itu boleh berkunjung ke Soi Twenty Three yang terletak di Hotel Pacific Regency di Jalan Punchak off Jalan P Ramlee berhadapan Menara Kuala Lumpur.

Pelanggan tidak perlu risau kerana hidangan Thailand yang disajikan mendapat `sentuhan´100 peratus daripada chef berpengalaman yang didatangkan khas dari negara gajah putih itu.

Penolong Pengurus Komunikasi Pemasarannya, Ng Bee Fong berkata enam tahun berada dalam industri pemakanan pelbagai anugerah dimenangi. Terletak di tingkat 23, pelanggan juga boleh menikmati pemandangan dari tempat duduk tingkap menghadap kaki langit bandar terutama pada waktu senja.

"Susun atur restoran ini terdiri daripada bilik utama selain kawasan larangan merokok. Secara keseluruhan, ia mampu memuatkan sehingga 120 orang pada sesuatu masa. Disebabkan restoran ini berada di kawasan tinggi, pelanggan juga boleh menyaksikan dan mengamati reka bentuk kontemporari restoran gaya Asia dengan masakan Thailand yang dihidangkan.

"Bagi menambah kepelbagaian menu, Soi Twenty Three memperkenalkan menu baru hasil air tangan chef Suphakit Khammugkhun atau lebih dikenali sebagai `Superkid´. Pengalaman 10 tahun dalam bidang masakan dan pernah berkhidmat di hotel terkemuka di Thailand antara faktor dia disegani," kata Ng sewaktu ditemui pada majlis makan tengah hari, baru-baru ini.

Menariknya, semua bahan masakan dan rempah ratus diimport sepenuhnya daripada Thailand supaya masakan dihasilkan asli dan memenuhi selera pelanggan.

Mereka pasti tidak akan melupakan aroma yam goong krob iaitu sejenis salad yang dihasilkan daripada mangga muda segar, ikan keli rangup dan udang disertakan aroma yang sukar dilupakan.

Selain itu, pastikan anda turut memesan nam prik long re pak tod iaitu ulam- ulaman seperti terung, kacang panjang, timun dan jagung muda yang digoreng nipis bersama tepung rangup yang dihidangkan bersama sambal belacan.

Tidak ketinggalan, gai tak ra iaitu ayam bersama kacang gajus lazat yang disediakan dalam bakul berbentuk keladi unik yang juga boleh dimakan manakala pla krob phong long adalah menu wajib dipesan.

Ia seakan tomyam namun sedikit berbeza apabila dicampur sedikit santan pekat menjadikan ia lebih berkrim dan enak. Adunan rempah ratus asli membuatkan rasa masam manis terasa dan ia dihidangkan bersama nasi.

Tidak lengkap setiap hidangan tanpa manisan. Selepas menikmati hidangan berat, basahkan tekak anda dengan tam tim krob yang diperbuat daripada santan dan adunan buah nangka yang enak disamping kekacang dan kiub ais.

Ia seakan-akan cendol tetapi tidak terlalu manis malah sesuai dihidangkan apatah lagi dalam cuaca panas.

Soi Twenty Three bukan hanya menyediakan masakan Asia malah masakan Barat yang disediakan chef berpengalaman. Restoran ini sedia menerima tempahan makan atau majlis rasmi.

ALAMAT: Hotel Pasifik Regency, KH Tower Jalan Punchak Off Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.

TELEFON: 03-23327777

LAMAN WEB: www.pacific-regency.com


 


By Hidayatul Akmal Ahmad, Metro Ahad , 16 Aug 2011

 

View Soi Twenty Three in a larger map
Soi Twenty Three

Soi Twenty Three

Restaurant

Hotel Pasifik Regency, KH Tower Jalan Punchak Off Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur. 50250, Jalan P Ramlee, WP Kuala Lumpur read more >>

 
Sentuhan chef Thai Sentuhan chef Thai Sentuhan chef Thai
Sentuhan chef Thai Gai Ta Kra

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restaurant
Tahap kesedapan : biasa biasa ajer (mak mentua aku buat lg sedappp!!!!) Harga : mahal jika dibandingkan dgn harga (kateg ...
Date: 03 Sep 2011
Comments  7
Rating
Route 69
Route 69
Restaurant
i kerap makan kt sini sebab dekat dengan tempat kerja and umah. kalau ikutkan xnak pegi pun, tapi boy suh makan je kt si ...
Date: 28 Aug 2011
Comments  3
Rating
Suasana@Bangi Restaurant
Suasana@Bangi Restaurant
Restaurant
Food test great!!but service a bit slow maybe pasal bulan puasa lambat sikit kot..tp xdela sampai kul 8mlm still x dapat ...
Date: 22 Aug 2011
Comments  2
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner