eats logo

Reviews

Rasai pengalaman berbuka seperti di rumah di Hotel De Palma Ampang

Rasai pengalaman berbuka seperti di rumah di Hotel De Palma Ampang | Viewed 7805 times

Rating |
Comments  0

Kedatangan Ramadhan yang sentiasa dinanti-nantikan menjelma lagi. Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah di bulan mulia ini, hotel dan restoran di seluruh Malaysia juga memeriahkan lagi bulan Ramadhan dengan menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa dengan pakej-pakej menarik.

"Citarasa Warisan De Palma Hotel Ampang" dipilih sebagai tema untuk juadah buka puasa di hotel De Palma Ampang. Mengekalkan konsep masakan tradisional, De Palma mempunyai pelanggan tetap yang ramai di kalangan pelbagai kaum. Kebanyakan mereka yang datang ke hotel ini untuk menikmati juadah berbuka puasa memberikan maklum balas yang positif dan kerana itu, De Palma terus mengekalkan konsep masakan kampung kepada para pelangganya.

Tahun ini De Palma menempatkan hidangan bufetnya di dalam Grand Ballroom dan juga terdapat lebih 20 gerai yang dibuka diluar dewan dengan pelbagai jenis hidangan makanan mengikut tema "Makanan Muhibbah"dari pelbagai kaum di Malaysia. Di gerai-gerai ini juga pengunjung boleh melihat makanan dimasak secara "live".

Antara juadah yang wajib ada di dalam senarai menu bufetnya ialah kambing panggang, nasi beriyani gam, segala lauk-lauk tempatan seperti gulai telur itik, pucuk ubi, nasi kerabu, serta deretan kuih-muih pencuci mulut seperti bingka ubi, lompat tikam, tapai juga tidak ketinggalan bubur lambuk ayam.

Harga bufet untuk dewasa adalah RM68 dan untuk kanak-kanak berumur 5-11 tahun ialah RM35. Namun, jika anda membuat tempahan untuk bufet Ramadhan sekarang, iaitu sepanjang bulan Julai ini, anda akan mendapat harga istimewa kerana De Palma menawarkan kupon berharga RM58 untuk dewasa dan anda jimat RM10.

Sepanjang bulan Ramadhan ini, pengunjung yang berbuka puasa di De Palma bakal dihiburkan oleh Kumpulan Ghazal Sri Kencana yang dijemput khas oleh pihak hotel.

Sebagai sebuah hotel yang mengamalkan sistem Syariah, De Palma tidak hanya fokus pada bufet Ramadhan, tetapi ibadah sepanjang bulan mulia ini juga menjadi keutamaan pihak hotel. De Palma merupakan satu-satunya hotel yang memiliki surau yang besar dan boleh menampung sehingga 1,600 orang jemaah pada satu-satu masa. Surau ini juga telah diiktiraf setaraf masjid dan solat Jumaat boleh dilakukan di sini.

Sempena bulan Ramadhan ini, pihak hotel mengajak pengunjung untuk mengimarahkan Surau Nurul Hikmah ini dengan ibadah solat Tarawikh, Tadarus Al-Quran dan Qiamullail. Setiap malam terdapat Imam yang akan mengetuai solat terawikh dan pada 10 malam terakhir Ramadhan, akan diadakan Qiamullail.

Terdapat juga pakej penginapan untuk memudahkan pengunjung berbuka, bersahur dan melakukan ibadah sepanjang Ramadhan di hotel ini. Di tingkat enam hotel ini merupakan tingkat Islamik, di mana ia dikhaskan untuk memberi keselesaan kepada Muslim.

De Palma menawarkan empat pakej istimewa untuk para pengunjung iaitu bilik untuk seorang berharga RM190++ dan bilik yang boleh dikongsi dua orang, harga seorang adalah RM150++. Harga yang ditawrkan ini termasuk harga bilik, bersahur dan berbuka puasa. Pengunjung juga boleh mengambil pakej separuh hari iaitu mendaftar masuk pada pukul 3 pm - 10 pm. Bagi pakej Qiamullail pula, harga bilik termasuk sahur adalah RM88++.

Bagi mana-mana syarikat atau orang perseorangan yang ingin meraikan anak yatim dan golongan yang tidak bernasib baik sepanjang Ramadhan ini, Hotel De Palma ada menyediakan harga istimewa untuk mereka. Selain itu, bubur lambuk juga ada dijual untuk sedekah kepada orang ramai pada harga RM180 seperiuk. Pihak hotel juga turut mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai secara percuma bermula jam 4.30 petang di perkarangan hotel setiap hari.

 


By Niswatul Karimah, , 14 Jul 2011

 

View Larger Map
De Palma Hotel Ampang

De Palma Hotel Ampang

Bar & Lounge

Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point 68000, Ampang, Selangor read more >>

 
Nikmat sajian Barat

Nikmat sajian Barat

By Norainon Othman

HALAL atau sebaliknya? Persoalan itu sering berlegar di fikiran ketika menjamu selera, terutama hidangan Barat yang kemu... read more >>

 
Rasai pengalaman berbuka seperti di rumah di Hotel De Palma Ampang Rasai pengalaman berbuka seperti di rumah di Hotel De Palma Ampang Rasai pengalaman berbuka seperti di rumah di Hotel De Palma Ampang
Rasai pengalaman berbuka seperti di rumah di Hotel De Palma Ampang Rasai pengalaman berbuka seperti di rumah di Hotel De Palma Ampang ISTIMEWA... betis biri-biri panggang.
MAKANAN RINGAN... Hot Dog Istimewa. PILIHAN... tulang rusuk barbeku. SEGAR...jus pegaga (kiri) dan Frunergy.
Sira Ubi Kayu dengan aiskrim

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restaurant
Tahap kesedapan : biasa biasa ajer (mak mentua aku buat lg sedappp!!!!) Harga : mahal jika dibandingkan dgn harga (kateg ...
Date: 03 Sep 2011
Comments  7
Rating
Route 69
Route 69
Restaurant
i kerap makan kt sini sebab dekat dengan tempat kerja and umah. kalau ikutkan xnak pegi pun, tapi boy suh makan je kt si ...
Date: 28 Aug 2011
Comments  3
Rating
Suasana@Bangi Restaurant
Suasana@Bangi Restaurant
Restaurant
Food test great!!but service a bit slow maybe pasal bulan puasa lambat sikit kot..tp xdela sampai kul 8mlm still x dapat ...
Date: 22 Aug 2011
Comments  2
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner