eats logo

Reviews

Semua enak di Restoran Songket

Semua enak di Restoran Songket | Viewed 10011 times

Rating |
Comments  0

DENDANGAN lagu tradisional berkumandang menjadi halwa telinga, suasana pula damai dan menenangkan dengan dekorasi ala kemelayuan. Itulah istimewanya Restoran Songket yang menyajikan menu enak tradisi Melayu, terletak di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

Mengambil nama Songket untuk diabadikan pada lokasi makan mungkin kedengaran pelik, namun tatkala kaki melangkah, paduan dekorasi ringkas berlatarkan penggunaan tenunan songket jelas menggambarkan istimewanya warisan Melayu.

Pengurus Besar True Flavors Sdn Bhd, Tony Wong, berkata Restoran Songket menyajikan hidangan Melayu diolah daripada resipi tradisi asli untuk disesuaikan dengan cita rasa pelancong asing yang menjadi sasaran utama mereka.

"Sajian Melayu mempunyai kekuatan tersendiri malah ia adalah pilihan tepat untuk mengangkat industri pelancongan negara. Kerana itu, itu saya menubuhkan Restoran Songket bersama beberapa rakan lain," katanya sambil membahasakan diri sebagai `Abang Tony´.

Memiliki pengalaman dalam bidang makanan dan minuman (F&B) sejak lebih 20 tahun, termasuk sebagai chef di luar negara, Wong mula mempertaruhkan nasib dalam industri masakan Melayu sejak enam tahun dulu.

"Selama tempoh itu juga, pasukan kami mengolah rasa masakan supaya mencapai standard serta kualiti yang diingini dan istimewanya di sini, semua masakan dihasilkan tanpa campuran MSG (perisa tambahan)," katanya.

Pasti ramai tertanya-tanya, apakah menu paling enak di sini dan jawapannya, semuanya enak dan wajar dicuba.

Bagaimanapun, kata Ketua Chefnya, Chef Mohd Zamri Jemintan, rusuk panggang (roast beef ribs) adalah hidangan paling istimewa di Restoran Songket kerana keenakan rasa dan kualiti daging digunakan.

"Jaminan rasa dan kualiti makanan diperakui terbaik kerana kami hanya menggunakan bahan segar malah daging digunakan juga adalah daging segar diimport dari Australia atau New Zealand.

"Kaedah masakannya tidak rumit, cuma daging direbus selama dua jam bersama kicap, daun ketumbar dan herba. Jika diperhatikan juga, masakan ini sebenarnya diolah daripada resipi daging panggang Barat tapi `diMelayukan´," katanya.

Benar kata Chef Mohd Zamri kerana jika diperhatikan, pilihan pencuci mulut juga turut menerima sentuhan istimewa bercirikan tempatan misalnya tiramisu durian, kek keju mangga dan puding karamel bersama kelapa.

Bagaimanapun, tidak meminggirkan keindahan resipi tempatan, Restoran Songket turut mempertaruhkan hidangan istimewa seperti pegedil, cucur udang, ayam lemak ayam gelugur, ayam panggang kuah percik, masak lemak udang nanas, siakap masam manis, kerabu mangga serta kerabu pucuk paku goreng.

"Bagi menjamin kebersihan dan rasa masakan, pemilihan bahan serta isi daging digunakan juga diteliti misalnya ayam yang kami gunakan hanya diambil dari bahagian atas.

"Ia penting kerana tekstur dan darah daging boleh mempengaruhi rasa masakan. Selain itu, setiap resipi juga dihasilkan berdasarkan sukatan yang ditetapkan bagi menjamin rasa yang sama setiap kali kunjungan," katanya.

Restoran Songket beroperasi setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga 11 malam dengan tawaran menu makan tengah hari dan malam.

Jelas Wong, bagi memudahkan pengunjung membuat pilihan makan tengah hari, empat pilihan set disediakan dengan harga serendah RM15.90++ hingga RM17.90++. Turut disediakan set mi kari yang juga menjadi hidangan istimewa Restoran Songket, berharga RM10.90++.

Bagi pengunjung yang ingin menikmati hidangan makan malam, mereka bebas memilih menu ala-carte namun set tertentu juga boleh disediakan atas permintaan pelanggan.

Kata Wong, waktu malam suasana persekitaran lebih meriah dengan persembahan tarian tradisi Melayu selama 40 minit setiap malam.

"Selain itu, kami juga menerima tempahan untuk dijadikan lokasi perkahwinan, majlis dan turut juga menjalankan perniagaan katering," katanya.

INFO LOKASI

* RESTORAN SONGKET No 29 Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur.

Laman web: www.songketrestaurant.com

 


By Siti Nur Almizan Aripin, Berita Harian , 28 May 2011

 

View Restoran Songket in a larger map
Semua enak di Restoran Songket

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Sakura Fuji Japanese Restaurant
Sakura Fuji Japanese Restaurant
Restaurant
Newly Renovated.Food very good,many regular Japanese eating here.I like ...
Date: 04 May 2014
Comments  1
Rating
Nyuk Pau Beef Noodle
Nyuk Pau Beef Noodle
Restaurant
Yummy.... must try.... ...
Date: 03 May 2014
Comments  1
Rating
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Restaurant
The quality of the food was good. But The Management of the restaurant is SUCK. Unbelievable!! MEISAN szechuan restaura ...
Date: 19 Apr 2014
Comments  1
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner