eats logo

Reviews

Hidangan ikan patin

Hidangan ikan patin | Viewed 8407 times

Rating |
Comments  0

PATIN cukup serasi digandingkan dengan tempoyak dan menu patin masak tempoyak digemari, khususnya di kalangan orang Pahang dan Perak. Mudahnya mendapat ikan patin di Temerloh berikutan aliran Sungai Pahang yang menjadi habitat semula jadi menyebabkan ia mendapat jolokan bandar ikan patin.

Jika ingin menikmati menu patin Temerloh dan pelbagai masakan Melayu tradisional secara ala carte, Restoran Ikan Laga destinasi menjamu selera yang tepat.

Menu utama restoran itu ialah patin tempoyak Sungai Pahang. Bagi mempelbagaikan menu ikan sungai itu, ada juga ikan bakar patin tempoyak (pais), patin goreng kunyit dan patin kukus.

Pengurus Restoran Ikan Laga (Rawang), Nurhaslinda Sharudin berkata, ramuan bagi masakan itu disediakan ibunya untuk semua rangkaian restoran, termasuk di Seksyen 13 dan TTDI Jaya, Shah Alam.

"Ramuan dimasak sendiri ibu yang juga anak jati Pahang. Pelanggan tidak perlu gusar kerana rasa menu bagi masakan tradisional tetap sama di semua cawangan restoran. Kami mengekalkan kualiti masakan dengan menyediakan ramuan daripada dapur berpusat," katanya.

Menurutnya, walaupun restoran itu dibuka Januari lalu, perniagaan makanan bukan asing bagi keluarganya kerana ibu dan datuknya mengusahakan kedai makan di Temerloh sejak 1987.

Katanya, ikan patin ada peminat tersendiri yang berkongsi info mengenai restoran yang menyajikan hidangan enak dalam forum di Internet.

"Kami menyediakan patin sangkar Sungai Pahang yang tidak hanyir serta manis isinya. Ia boleh dinikmati dengan harga serendah RM9.90, anggaran berat 250 gram hingga 300 gram seketul. Set itu mengandungi nasi, timun dan sambal belacan.

"Bergantung keadaan semasa dan bekalan, pelanggan juga berpeluang menikmati patin liar Sungai Pahang berharga RM39.90 dengan anggaran berat 200 hingga 250 gram seketul.

"Harganya mahal disebabkan ia sukar didapati dan bekalan juga tidak menentu. Walaupun harganya jauh lebih mahal daripada patin sangkar, ia mendapat permintaan tinggi, terutama di restoran cawangan Shah Alam," katanya.

Nurhaslinda berkata, restoran berkonsep moden dengan dekorasi ala kopitiam itu mampu memuatkan 60 orang dalam satu masa. Selain patin, pelanggan boleh memesan asam tempoyak Temerloh baung dan kerai.

Gulai asam pedas restoran itu mirip asam pedas Melaka dengan kuah pekat. Pilihan set gulai asam pedas ialah ikan laut seperti tenggiri, merah, pari, senangin, cencaru dan kembong.

Pilihan ikan bakar ialah patin pais iaitu ikan bakar yang dilapisi sambal dan disalut tempoyak, siakap, pari, senangin, merah, cencaru dan kembong, manakala bagi menu kukus limau dan tiga rasa, pilihan ikan ialah siakap dan kembong.

Restoran Ikan Laga turut menyediakan sup dengan pilihan ikan merah, tenggiri, kembung, ayam, daging, sup tulang, sup ekor dan sup campur.

Untuk masak singgang, pelanggan boleh memesan ikan merah, tenggiri, kembong, ayam dan daging manakala untuk goreng kunyit ialah baung, kerai, siakap, merah, kembong dan cencaru. Selain itu, rasai pekasam ikan kerau iaitu pekasam Pahang serta sambal tempoyak sebagai penambat selera.

Memberi lebih banyak pilihan menu, Restoran Ikan Laga menyajikan masakan ala Thai selain hidangan popular masyarakat Malaysia seperti kari kepala ikan, nasi ayam, mi kari dan laksa.

Untuk minuman, anda boleh mencuba jus istimewa campuran epal, kendondong dan asam boi atau lobak, tomato dan asam boi atau jus tomato juga timun.

 


By Norainon Othman, Metro Ahad , 12 Dec 2010

 

View Restoran Ikan Laga (Rawang) in a larger map
Restoran Ikan Laga (Rawang)

Restoran Ikan Laga (Rawang)

Casual Dining

No 18, Jalan Bandar Rawang 12, Bandar Baru Rawang, 48000, Rawang, Selangor read more >>

 
Ikan Bakar Patin Tempoyak

Ikan Bakar Patin Tempoyak

Malay Cuisine

PATIN cukup serasi digandingkan dengan tempoyak dan menu patin masak tempoyak digemari, khususnya di kalangan orang Paha... read more >>

 
Hidangan ikan patin Hidangan ikan patin Hidangan ikan patin
Ikan Bakar Patin Tempoyak

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Sakura Fuji Japanese Restaurant
Sakura Fuji Japanese Restaurant
Restaurant
Newly Renovated.Food very good,many regular Japanese eating here.I like ...
Date: 04 May 2014
Comments  1
Rating
Nyuk Pau Beef Noodle
Nyuk Pau Beef Noodle
Restaurant
Yummy.... must try.... ...
Date: 03 May 2014
Comments  1
Rating
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Restaurant
The quality of the food was good. But The Management of the restaurant is SUCK. Unbelievable!! MEISAN szechuan restaura ...
Date: 19 Apr 2014
Comments  1
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner