eats logo

Reviews

Enak KL

Enak KL | Viewed 20926 times

Rating |
Comments  0

IDENTITI tersendiri tetapi penuh dengan keunikan dan ada banyak keistimewaan. Jika ingin menjamu selera dalam suasana sedemikian, antara pilihan tepat ialah mengunjungi Restoran Enak KL yang terletak di Starhill Gallery, Kuala Lumpur.

Tidak hanya menjanjikan keenakan sajian Timur berteraskan masakan Melayu asli daripada resipi keluarga warisan empat generasi, tetapi turut memaparkan gaya mewah dan santai yang memberikan keselesaan serta menyuntik perasaan senang hati tatkala berada di dalamnya.

Melangkah masuk ke dalam restoran bertaraf lima bintang itu, pengunjung sudah dapat berasakan sambutan mesranya yang diterjemahkan melalui hiasan di pintu masuk dengan menggunakan tepak sirih sebagai simbol meraikan kedatangan tetamu.

Walaupun sekadar hiasan, elemen estetika warisan yang menggunakan barangan tembaga itu, secara tidak langsung memperkenalkan budaya masyarakat Melayu kepada lebih 60 peratus pelanggannya yang terdiri daripada pelancong asing.

Pengurus restoran, Sherena Razaly, berkata gaya hiasan seumpama itu juga sesuai dengan konsep yang ingin diketengahkan iaitu bergaya mewah, eksklusif di samping menyajikan cita rasa sajian masakan Melayu asli.

"Barangan tembaga ini adalah koleksi ibu saya, Datin Fawzia Abd Ghani yang amat gemar mengumpul barangan hiasan tembaga," kata Sherena yang mengakui kegemaran keluarganya berkumpul dan makan bersama menjadi titik tolak kepada pembukaan Enak KL.

Sherena berkata, restoran milik keluarga yang dibuka sejak lima tahun lalu itu sentiasa mengutamakan cita rasa dan kehendak pelanggan. Justeru, dari tata hias hinggalah sajian dan layanan diberikan, sentiasa dipastikan berkualiti tinggi supaya pengunjung yang datang serta menikmati hidangan di situ berpuas hati, sekali gus berhasrat untuk bertandang semula.

Katanya, restoran itu mengetengahkan masakan Melayu yang kebanyakan berasal dari Muar, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Aceh. Oleh itu, tidak mustahil, keunikan hidangan di restoran itu mungkin sukar untuk ditemui di tempat lain kerana ia adalah resipi turun-temurun keluarga pemilik restoran.

"Hidangan di sini semuanya masakan asli Melayu yang menggunakan ramuan herba dan rempah ratus segar bagi menjaga kualiti makanan disajikan. Paling istimewa, semua masakan langsung tidak menggunakan pewarna tiruan dan serbuk perasa," katanya.

Antara variasi makanan istimewa yang menjadi kegemaran pengunjung ialah botok-botok, asam pedas Muar, udang raja lemak merah dan ayam lengkuas. Selain itu,ada juga hidangan sup termasuk sup kambing dan sup ekor. Untuk hidangan petang dan pemanis mulut, antara yang mesti dicuba ialah bubur pulut hitam, pisang karamel dan sagu gula Melaka.

Sherena berkata, menambahkan lagi daya tarikan dan mendekati mesra pengunjung, restoran berkenaan menampilkan konsep dapur terbuka, sekali gus memberi peluang untuk melihat sendiri proses penyediaan makanan dilakukan.

Restoran yang boleh memuatkan 85 pelanggan pada satu-satu masa itu mengetengahkan dua pilihan ruang makan yang memaparkan perbezaan suasana masing-masing.

Bagi ruang makan utama, ia dilengkapi kerusi dan meja manakala satu lagi pilihan ialah konsep pojok makan bersila yang dihias dengan kusyen rona merah dan bantal selesa. Untuk mengasingkan kedua-dua ruang berkenaan, gantungan tiga lapisan tabir dan juraian ikatan benang dipOleh jadikan pemisahnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai sentuhan dekorasi eksklusif yang menggabungkan elemen tradisional dan kontemporari di restoran itu, Sherena, bekas arkitek itu berkata, semua idea adalah gabungan idea dan kreativitinya bersama bapanya, Datuk Razaly Wahi, juga arkitek.

Memberikan impak segar dan gaya santai, rona elegan putih dan merah disatukan untuk melatari setiap sudut restoran. Tambahnya, setiap perabot atau kelengkapan dan hiasan di dalam restoran itu direka dengan teliti supaya bersesuaian, menepati cita rasa serta memberikan keselesaan kepada pengunjung.

"Memang kami agak cerewet dalam hal ini. Misalnya, antara ketinggian meja dan kerusi rekaan dicipta mestilah sepadan supaya apabila pelanggan duduk, benar-benar berasa selesa ketika menjamu selera.

"Bagi meja makan contohnya, beberapa kali saya mengukur meja dan mempraktikkan penggunaan pinggan sebelum mendapat saiz meja yang sesuai," katanya turut menegaskan apa yang dibuat adalah wajar bagi memastikan identiti rekaan selari dengan konsep Enak KL.

INFO

Restoran Enak KL

KONSEP

* Sajian Melayu asli berkonsep mewah dan elit

LOKASI

* LG2, Starhill Gallery, 181, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

WAKTU PERNIAGAAN

* 10 pagi hingga 12 malam

TELEFON

* +603-2141 8973

E-MEL

* info@enakkl.com

LAMAN WEB

* www.enakkl.com

 


By Nor Affizar Ibrahim, Berita Harian , 13 Nov 2010

 

View Larger Map

Enak KL

Enak KL

LG2, Starhill Gallery, 181, Jalan Bukit Bintang 55100, Bukit Bintang, WP Kuala Lumpur read more >>

 
Past Perfect At Enak KL

Past Perfect At Enak KL

By INTAN MAIZURA AHMAD KAMAL

HOW would it feel to tuck into fine Malay cuisine served on centuries-old Ming and Qing dynasty ceramics? INTAN MAIZURA ... read more >>

 
Enak KL Enak KL Enak KL
A creative twist on Percik and Kerabu A favourite with Johorians, Botok Botok is the signature dish of Enak KL Enak KL\'s cosy and classy setup
Sup Lautan Manis is a soupy delight Never has the humble ubi kayu tasted so good

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restaurant
Tahap kesedapan : biasa biasa ajer (mak mentua aku buat lg sedappp!!!!) Harga : mahal jika dibandingkan dgn harga (kateg ...
Date: 03 Sep 2011
Comments  7
Rating
Route 69
Route 69
Restaurant
i kerap makan kt sini sebab dekat dengan tempat kerja and umah. kalau ikutkan xnak pegi pun, tapi boy suh makan je kt si ...
Date: 28 Aug 2011
Comments  3
Rating
Suasana@Bangi Restaurant
Suasana@Bangi Restaurant
Restaurant
Food test great!!but service a bit slow maybe pasal bulan puasa lambat sikit kot..tp xdela sampai kul 8mlm still x dapat ...
Date: 22 Aug 2011
Comments  2
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner