eats
  latestrestaurants
 
[ more ]
  latestrecipes
 

[ more ]

  latestrecommendations
 

[ more ]

ramadhanpromotions
Ramadhan



Custom Search
 
 
Text Link
Diy Day Banner

Advertise here ( RM20.00/day)

Advertise here ( RM20.00/day)
Diy Day Banner

 
Makan Sambil Membeli Belah
Review   | Viewed 6100 times 

 

Pengunjung Farah Bill Cafe Botique boleh menjamu selera sambil santai.

BERKONSEP makan sambil membeli-belah, Farah Bill Cafe Boutique (Farah Bill) yang dilatari kemasan gaya klasik Eropah cukup sesuai untuk mereka yang ingin menjamu selera dalam keadaan tenang dan santai.

Tidak perlu lagi pening memikirkan destinasi untuk mengadakan pertemuan kerana Farah Bill bukan saja menyediakan suasana selesa seperti dalam sebuah rumah mewah, malah menyajikan hidangan enak dunia Barat dan gaya tempatan.

Anda boleh memilih menu Barat seperti paprika ayam, salmon panggang, ayam panggang lada hitam, stik daging batang pinang panggang, rusuk lembu panggang, stik biri-biri panggang atau set ikan dan kentang goreng.

Bagi yang inginkan sajian tempatan, mereka boleh memesan sama ada nasi goreng istimewa Farah Bill, nasi ayam madu panggang resipi istimewa ataupun rendang daging atau ayam dengan nasi putih.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Farah Bill Enterprise, Asmarani Ali, berkata idea mewujudkan kafe dan butik bagi memudahkan pelanggan menjamu selera dan pada masa sama, boleh membeli-belah dalam keadaan eksklusif tanpa perlu berebut dengan orang ramai.

"Di Farah Bill, mereka bukan saja boleh membeli pakaian siap dan aksesori yang dipamerkan tetapi juga boleh membuat tempahan pakaian.

"Pelbagai jenis fabrik berkualiti direka dan dihantar ke Vietnam bagi tempahan kerana kosnya lebih murah dan cepat manakala sulaman maniknya cantik. Selain itu terdapat juga pakaian siap dari Filipina dan Indonesia," katanya.

Menurutnya, set makan tengah hari bernilai RM12.90 disediakan dengan empat jenis lauk berlainan yang menunya ditukar setiap hari serta semangkuk bubur kacang hijau atau pulut hitam.

Antara menunya ialah lala masak masam manis, paru goreng cili, sup ekor, sup ayam, ikan merah asam pedas Nyonya, tenggiri masak lemak cili api, ayam goreng berempah, ayam lemak Malindo, sayur campur atau rendang daging Minang.

"Setiap hari ada promosi set makan tengah hari iaitu nasi putih dan lauk pauk. Jika ingin mengubah selera, pelanggan juga boleh mencuba Yong Tau Foo Farah Bill dengan resipi tersendiri atau pilihan lain seperti burger, sup cendawan, sup ekor atau sandwich," katanya.

Farah Bill yang dinamakan sempena nama anak pemiliknya, Azura Ali iaitu Farah dan Muhammad Nabil, dibuka pada Februari lalu, menyediakan kemudahan wi-fi bagi memudahkan mereka yang ingin melayari Internet.

Ruang makan di bahagian dalam kafe boleh memuatkan 40 orang, manakala di bahagian depan seramai 20 orang dan tempat duduk berpayung di luar kafe seramai 20 orang.

Januari ini, Farah Bill memperkenalkan menu baru iaitu rusuk lembu Campfire yang dihidang bersama kentang putar, jagung dan salad.

Menampilkan sos lada hitam buatan sendiri, ia diyakini mampu memenuhi cita rasa Malaysia kerana rasanya yang pekat dan tidak terlalu pedas.

Untuk penggemar kopi, jangan ketinggalan menikmati kopi Itali yang menyegarkan dan biskut buatan sendiri. Selain itu, pelbagai perisa teh yang diimport juga boleh didapati di Farah Bill.

"Farah Bill banyak mengambil tempahan untuk jamuan peribadi untuk individu dan korporat seperti seminar, majlis hari jadi, makan malam tahunan atau majlis perjumpaan," katanya.

 
 

 
Share your views
 
Name *
Email (optional)
Your email will not be published
 
Overall Rating
Comment *
Math Question*  = 

Check your answer first before submit button is enabled

 
Please fill this * fields



GET IT FROM

PLACE MAP


View Plaza TTDI in a larger map

Farah Bill Cafe Boutique Farah Bill Cafe Boutique


B-1-11 Tingkat bawah, TTDI Plaza, Jalan Wan Kadir 3
City : Taman Tun Dr Ismail
State : WP Kuala Lumpur

Tel : 03-7728 7730
E-Mail : -
 
RATE
SOURCE
By : Norainon Othman
Date : 10 Jan 2010
Source : Metro Ahad


EMAIL
PRINT

Share     


OTHER REVIEWS

Power Of The Five Elements

Selera Kampung

Steaming Good `fun´

Inspired By Street Food

Feast Fit For A King

Sri Ayutthaya´s Special Dishes

Lure Of The Bamboo Palace

Simply Divine