MELIHAT deretan lebih 30 jenis makanan laut, antaranya tiram, kepah,
kupang, udang galah, kerang, sotong dan ketam, pasti menggiurkan atau
menaikkan selera penggemarnya.
Itu belum lagi makanan laut yang sukar ditemui seperti lala buluh selain siput belitung yang disaji isinya saja.
Selain itu, ada pelbagai pilihan masakan Cina yang sesuai dengan cita
rasa masyarakat Melayu seperti udang mentega, daging masak lada hitam,
ikan kerapu masak sos epal dan ikan masak asam.
Semua makanan itu antara keistimewaan yang boleh ditemui di Restoran Sabak di Taman Melati, Kuala Lumpur.
Menariknya, dengan bayaran RM25 seorang untuk dewasa dan RM15 bagi
kanak-kanak, pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis stimbot. Selagi
tidak kenyang, selagi itulah pelanggan boleh menjamah sepuas-puasnya.
Tidak ketinggalan ada pilihan sayur, antaranya kailan, kangkung atau
cendawan selain aneka aiskrim; bubur pulut hitam atau kacang hijau dan
rendang ayam.
Untuk rebusan, pelanggan boleh memilih sup ayam
atau tom yam dan ia boleh dimasak melalui dapur dua dalam satu yang
dikawal menggunakan elektrik.
Selain rebusan, dapur yang boleh
dikawal mengikut keperluan itu juga digunakan untuk memanggang atau
membakar menu mengikut selera masing-masing.
Pemiliknya, Rushdi
Abdullah, berkata konsep restoran itu mudah, iaitu makan apa saja
hidangan sama ada makanan laut, aiskrim, rojak buah, mi atau nasi
goreng, bubur, sayur goreng atau ayam berempah, semuanya mengikut harga
ditetapkan.
Selain itu, pelanggan boleh mencuba menu baru
mengandungi enam set masakan Cina untuk dua hingga enam orang dengan
pelbagai hidangan istimewa hasil buah tangan chef restoran sendiri.
“Selain bufet, kita menyediakan hidangan mengikut set misalnya untuk
dua orang, menunya siakap tiga rasa, tom yam makanan laut, kari ikan
serta nasi berharga RM39.
“Untuk set lima atau enam orang
berharga RM86, menunya adalah kerapu goreng kicap, kari sotong, udang
harimau goreng mentega, ayam masak lada hitam, tom yam makanan laut,
sayur campur dan nasi,” katanya.
Mengenai hidangan ala carte,
Rushdi berkata, pelanggan harus mencuba ikan kerapu masak sos epal yang
menyelerakan dengan campuran rasa sedikit manis dan pedas.
Istimewanya, kata Rushdi, selain ikan, bahan yang digunakan seperti epal, cili sos, telur dan tepung jagung.
“Resipi ini dihasilkan Chef Yunus yang berpengalaman 15 tahun dalam
bidang masakan. Dengan sentuhannya, menu yang ada diubah suai mengikut
cita rasa kita,” katanya.
Selain menu istimewa dan menyelerakan, Restoran Sabak menawarkan satu lagi perkara menarik.
Melangkah ke dalam, deretan gambar lama pada zaman Jepun yang
tergantung di dinding selain sebuah perahu tradisional berwarna-warni
pasti menarik perhatian.
Gambar berkenaan adalah rakaman
suasana perkampungan nelayan di Pantai Sabak berdekatan Kota Bharu,
Kelantan yang berkonsepkan tradisional.
Foto sekitar 1940-an
itu pasti mengimbau nostalgia masyarakat negara ini bagaimana tentera
Jepun memasuki Tanah Melayu dengan berbasikal dari negara jiran, selain
gambar sebuah kapal terbang penjajah ’menyembah´ bumi.
Pelanggan juga berpeluang menyanyi karaoke di tingkat atas restoran yang mampu menampung hampir 300 tetamu pada satu masa.
Kemudahan surau turut disediakan, khususnya pada Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Menyentuh bulan puasa, Rushdi berkata, ada pelbagai pilihan bufet,
termasuk lauk-pauk kampung, disediakan selain stimbot dan ala carte.
MAKANAN Tom yam udang galah - RM9.50 hingga RM12.50 Tom yam lala - RM6.50 hingga RM10.50 Nasi goreng istimewa Sabak - RM8 Ikan kerapu masak mangga - RM35 hingga RM45 Terung masak sos tiram - RM6.90 hingga RM8.90 Kailan masak bawang putih - RM6.50 hingga RM8.50
MINUMAN Kopi - RM3 Teh - RM3 Jus nanas - RM4 Kelapa muda - RM5
|
Posted by: topik | On: 18 March 2011
kat perlis da stimbot....makan bnyk mane xpe..hanya rm 10 je....