eats logo

Reviews

Gaya Askar

Gaya Askar | Viewed 6228 times

Rating |
Comments  0





DARI luar, bangunan berwarna celoreng itu sudah cukup untuk
menggambarkan konsep restorannya. Terletak di lot tepi, restoran CT-One Forze
di Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5 Wangsa Maju, mengetengahkan konsep lain
daripada yang lain.



Idea mewujudkan
restoran berkonsepkan tentera yang pertama di Malaysia itu dicetuskan oleh
bekas pegawai tentera, Mejar (B) Adnan Hashim.





Ia bukan saja bagi menghargai anggota tentera, malah
mengimbau kenangan bagi pesara serta peluang kepada orang awam merasai suasana
makan ketenteraan.





Melangkah masuk ke dalam kafe, lagu patriotik menjadi halwa
telinga pengunjung, manakala di setiap dinding dipenuhi celoreng dan gambar
pesawat tentera.





Pekerja juga memakai pakaian seragam kemeja-T dan topi
celoreng ala tentera.





Jika tentera biasanya menjamah makanan dalam tin ketika
bertugas di hutan, tetapi di kafe ini, makanan panas dan segar menjadi
hidangan.





Bagi mencipta identiti berbeza dengan restoran lain, CT-One
Forze turut menghasilkan menu berlainan daripada biasa selain men´tentera´kan
makanan pada warna, cara hidangan, bekas dan proses menghidang.





Menurut Adnan, makanan yang ditawarkan masih dalam proses
kajian dan penambahbaikan.





Justeru, pihaknya menghargai cadangan pengunjung untuk
memajukan restoran berkenaan.





Ada 19 menu utama dan 31 menu sampingan menggabungkan
makanan tempatan dan Barat, manakala minuman dibahagikan kepada lima kategori
iaitu military ambush drinks, military milk shake, military delight drink,
military refreshing fruit juice dan all time favourite.





Penolong Pengurus Pemasaran dan Jualan CT-One Forze Cafe,
Firdaus Wong Wai Hung, berkata menu bagi makanan dan minuman diberi kod nombor
bagi memudahkan pesanan diambil kerana mempunyai nama panjang.





Misalnya, nasi hijau dihidang dengan daging masak lemak cili
api dan jelatah (acar timun dan nanas) menggunakan kod 101, manakala nasi hijau
dihidang dengan keli paprik, daging masak lemak cili api, jelatah, epal dan
oren dengan kod 109.





Menu kod 109 dihidang dalam messtin (bekas yang digunakan
tentera di medan) bagi memberi kelainan.





Menariknya, semua menu berasaskan nasi menghidangkan nasi
berwarna hijau yang dihasilkan menerusi bahan masakan segar seperti daun pandan
dan beberapa campuran lain. Warna hijau dipilih kerana ia sinonim dengan
pasukan tentera.





"Makanan dihidang dalam messtin mensasarkan komuniti tentera
yang bersara, keluarga tentera dan anak muda yang menjalani latihan khidmat
negara. Ini kerana kami percaya, mereka rindu pengalaman makan di medan. Orang
awam juga berpeluang merasai suasana makan ketenteraan.





"Sementara itu, kami mencipta ´military ambush drinks´ yang
menggabungkan campuran minuman tenaga dengan air buahan bagi menggambarkan
tentera yang memerlukan tenaga untuk serang hendap.





"Tentera yang beroperasi di hutan menikmati makanan sedia
dimakan (MRE) iaitu dalam tin. Bagaimanapun, kami tidak menghidangkan makanan
dalam tin tetapi mengikut cita rasa tentera.





"Jika tentera biasanya makan ikan sardin dan rendang atau
kari daging, kami menggantikannya dengan ikan keli dan daging masak lemak cili
api," katanya.





Firdaus berkata, saiz hidangan bagi setiap menu agak besar
kerana tentera biasanya makan dalam kuantiti banyak bagi membekalkan mereka tenaga
ketika melakukan operasi di medan.





Biarpun menu dihidang mengandungi pelbagai lauk dan saiz
hidangan besar, harga ditawarkan berpatutan.





Harga paling tinggi ialah RM13.90 iaitu chicken chop dengan
nasi hijau.





Menu dalam kod 111 iaitu mi dalam sup pekat dihidang dengan
udang, telur, bawang goreng dan otak-otak ikan harus dicuba. Ia seperti mi
bandung tetapi tidak diletakkan telur, sebaliknya udang segar dan otak-otak.





Restoran itu turut menyediakan kemudahan surau serta ruang
makan bilik berhawa dingin untuk mereka yang membuat tempahan awal.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

MAKANAN                                                                                                    HARGA

Nasi hijau dengan daging masak lemak cili api dan jelatah            RM7.80

Nasi hijau dengan keli paprik, daging masak lemak cili padi,         RM9.50

jelatah, epal dan oren

Set tempura ikan                                                                                        RM8.50

Mi dalam sup pekat denagn udang, telur, bawang goreng               RM8.50

dan otak-otak ikan

Sandwich telur                                                                                            RM3.00

Roti halia                                                                                                     RM2.50

Naget daging                                                                                              RM3.80


MINUMAN                                                                                                    HARGA

Blackcurrent, cola dan Red Bull                                                             RM7.50

Strawberry & Red Bull                                                                              RM7.50

Campuran epal, oern, anggur & limau nipis                                       RM4.80

Campuran pisang, oren, epal & susu                                                  RM6.80

Epal kasturi                                                                                                RM5.50

Teh O ais limau                                                                                         RM3.20


[Ekspresi, Metro Ahad, 2 Ogos 2009]




 


By Norainon Othman, , 05 Aug 2009

 

View Untitled in a larger map
Restoran CT-One Forze

Restoran CT-One Forze

Casual Dining

No. 38, Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5 , Wangsa Maju, WP Kuala Lumpur read more >>

 
Gaya Askar Gaya Askar Kafe lain dari yang lain berkonsep tentera
UNIK...para pekerja berpakaian ala tentera

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Sakura Fuji Japanese Restaurant
Sakura Fuji Japanese Restaurant
Restaurant
Newly Renovated.Food very good,many regular Japanese eating here.I like ...
Date: 04 May 2014
Comments  1
Rating
Nyuk Pau Beef Noodle
Nyuk Pau Beef Noodle
Restaurant
Yummy.... must try.... ...
Date: 03 May 2014
Comments  1
Rating
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Restaurant
The quality of the food was good. But The Management of the restaurant is SUCK. Unbelievable!! MEISAN szechuan restaura ...
Date: 19 Apr 2014
Comments  1
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner