eats
  latestrestaurants
 
[ more ]
  latestrecipes
 

[ more ]

  latestrecommendations
 

[ more ]

ramadhanpromotions
Ramadhan



Custom Search
 
 
Text Link
Diy Day Banner

Advertise here ( RM20.00/day)

Advertise here ( RM20.00/day)
Diy Day Banner

 
Setiap Masakan Ada Bumbu Sendiri Datang Dari Indonesia
Review   | Viewed 2333 times 

 

MELIHAT papan tanda bertulis masakan asli Indonesia yang tertera pada papan tanda Restoran Ayam Goreng Fatmawati di Damsara Perdana, penulis mengagak masakan yang dihidangkan ialah sajian Padang.

Namun, apabila meneliti menu disenaraikan, ternyata sangkaan penulis jauh meleset. Tiada gulai lemak atau kerutuk seperti lazimnya dihidangkan di restoran masakan Padang.

Sebaliknya, antara sajian istimewa di restoran berkenaan ialah soto, ayam kampung, ikan bakar, sup iga (tulang rusuk) dan sup ekor.

Mendapatkan penjelasan lanjut daripada pemilik restoran, Januar Parlaungan, 33, baru penulis tahu restoran berkenaan meyajikan masakan Sunda.

Kebanyakkan masakan disediakan dalam set, misalnua set soto mengandugi soto ayam atau daging, emping dan pilihan teh O ais atau sirap.

Set ayam kampung pula disertkan taju dan tempe, set sup iga disertakan nasi, ulam, emping dan minuman manakala set bawal dilengkapi bawak bkar, nasi, tauhu dan tempe, sup kosong dan minuman.

Sebayak 34 menu masakan Sunda disediakan menerusi restoran berkonsep francais dari Indoensia itu. Setiap masakan mempunyai bumbu sendiri yang didatangkan dari cawangan restoran itu di Indnesia bagi mengekalan rasa dan standard di semua cawangan.

Januar turut menambah menu sate Maranggi, iaitu sate Sunda sebagai pilihan kepada pelanggan.

Walaupun tujuan membuka restoran masakan Sunda ialah memenuhi permintaan rang Indonesia yang mhukan masakan asli negara itu disini, kira-kira 80 peratus pelanggan adalah penduduk tempatan.

\"Ciri masakan Sunda adalah makanannya ringkas dan banyak menggunakan sos kacang (kuah kacang). Masakannya tidak pedas tetapi dimakan bersama sambnal selain dilengkapi ulam seperti timun, salad, kacang panjang dan kubis.

\"Di Indonesia, ulam lain seperti daun kemangi dan terung pipit turut menjadi kesukaan, tetapi restoran ini tidak menyediakan ulam itu kerana sukar didapati di sini,\" katanya.

Dibuka sejak September tahun lalu, cawangan Restoran Ayam Goreng Fatmawati pertama di negara ini turut menyediakan sup kosong bagi disesuaikan dengans elera tempatan. Restoran Ayam Kampung Fatmawati yang muka dibuka 23 tahun lalu kini mempunyai 60 cawangan.

\"Saya membuka restoran ini bersama rakan kongsi iaitu penduduk tempatan. Selepas sebulan membuka restoran ini, baru kami menyedari perlunya menyediakan sup kosong kerana ramai pelanggan beryanya, \'mana sup kosong\'?

\"Rupa-rupanya orang di sini gemar makan makanan disertakan kuah berbanding di sana yang lebg gemar makana tanpa kuah,\" katanya.

Dibuka dari jam 11.30 pagi hingga 10.00 malam, restoran ini menyediakan hidangan tengah hari, petang dan malam.

Menurutnyam antara menu popular ialah set soto yang sering dipesan pelanggan perempuan selain set ayam kampung bakar atau goreng, bawal bakar dan sup iga.

\"Soto dimakan bersama sambal bajak iairu sambal goreng campuran cili besar, dan cili padi, buah keras, daun salam dan serai. Kami turut menyediakan sambal kicap berdasaikan permintaan pelanggan. Ia diadun dengan potong cili padi, kicap, tom,ati dan bawang.

\"Selain itu, set ayam kampung ada dua pilihan samabal iaitu sambal bajak atau sambal belacan. Selain nasi kukus menjadi sajian dalam set pelanggan bolen memesan nasi timbel iaitu nasi yang dikukus dalam daun pisang. Rasa dan aroma daun pisang itu pasti membangkitkan selera,\" katanya.

Nasi putih kukus dijual dengan harga RM1.50 manakala nasi timbel RM2. Restoran itu turut turut menyajikan nasi goreng berharga RM5 dengan ramuan siap dari dapur berpusat restoran itu di Indonesia. Pelanggan boleh memilih sama ada nasi goreng ayam, makanana laut atau hati dan pedal. Jika mahukan semua campuran berkenaan yang juga dipanggil \'nasi goreng gila\', mereka perlu menambah RM1.

Januar berkata, antara masakan Sunda lain ialah sayur asem iaitu masakan tradisional seperti \'bening\' atau sayur rebus yang dibubuh labu, kacang panjang, kacang tanah, mangga muda dan jagung serta asam jawa dan bawang kecil. Bagaimanapun, menu ini kurang sesuai dengan selera masyarakat di sini.

MAKANAN             -            HARGA

Set Soto                              RM6.60

Set ayam kampung          RM7.70

Set sup iga                         RM8.80

Set bawal                            RM9.90

Nasi goreng                       RM5

Nasi goreng gila               RM6

Nasi timbel                         RM2

Sate Maranggi                    RM5

Sayur asem                        RM3

 

MINUMAN              -            HARGA

Jus Avacado                       RM5

Soda gembira                    RM3.50

Teh botol                             RM2.20

Teh ais                                RM2.00

Teh panas                          RM1.80

Jus tembikai, epal, oren, tembikai madu          RM3.50

 

                                                                                                                                             [Metro Ahad]

 
 

 
Share your views
 
Name *
Email (optional)
Your email will not be published
 
Overall Rating
Comment *
Math Question*  = 

Check your answer first before submit button is enabled

 
Please fill this * fields



GET IT FROM

PLACE MAP


View Rest. Ayam Goreng Fatmawati, Dsara Perdana in a larger map

Restoran Ayam Goreng Fatmawati Restoran Ayam Goreng Fatmawati


G-18, Jalan PJU 8/3, Bandar Damansara Perdana,
City : Petaling Jaya
State : Selangor

Tel : 603-7710 9158
E-Mail : -
 
RATE
SOURCE
By : Norainon Othman
Date : 09 Jun 2009
Source :


EMAIL
PRINT

Share     


OTHER REVIEWS

Feast Fit For A King

Sri Ayutthaya´s Special Dishes

Lure Of The Bamboo Palace

Simply Divine

Two For The Price Of One

Burst Of Global Flavours

Soto Sungai Serdang

Breaking Fast With A View