Reviews
| Rating | | |
|
Bagi penggemar udang, kunjungan ke Restoran Mee Udang D´ Tanjung di Sunway Batu Caves pasti membuka selera kerana kebanyakan menu berasaskan hidupan yang mempunyai keenakan rasa tersendiri itu. Selain menu istimewanya Mi Udang yang dijadikan nama restoran dan digabungkan D´Tanjung membawa maksud di Pulau Pinang, masakan lain mengandungi hidupan laut bertubuh melentik itu ialah cucur udang, char kuetiau, nasi goreng istimewa D´Tanjung dan nasi goreng makanan lut. Menggunakan udang laut yang dijamin kesegarannya, mi udang ini adalah air tangan Azimah Abdul Rahman, 52. Pemilik restoran itu berkata, mi udang sememangnya popular di utara Semenanjung, terutama di kalangan masyarakat Cina di Pulau Pinang. Bagaimanapun, katanya, cara masakan mi udang di restorannya tidak sama dengan gaya masakan Cina iaitu kuah sup udang turut diletak sos cili. "Mi udang di sini dimasak megikut selera Melayu menggunakan kuah seperti mi rebus tetapi tidak dibubuh daging kerana ada kaum bukan Melayu tidak makan daging. Antara bahan yang digunakan ialah stok udang dan udang laut segar. "Bila sebut mi bandaung, mi rebus atau mi Jawa, ramai mengetahuinya tetapi di Kuala Lumpur. masih ramai belim kenal mi udang, khususnya mereka yang bukan berasal dari uata. Jadi, pembukaan restoran ini adalah satu cara mempopularkan menu berkenaan," katanya. Menurutnya, mi udang Sungai Dua antara yang terkenal di Utara seperti kehebatan mi bandung Muar atau sate kajang, naun antara satu kedai dengan kedai lain, rasa masakan tidak sama kerana bergantung kepada resipi yang digunakan serta air tangan pembuatannya. "Resipi ini saya peroleh daripada ibu (Datin Aishah Bakar, 73). Kalau balik ke Pulau Pinang dan berkumpur bersama keluarga, emak akan memasak resipi istimewa ini, terutama pada Aidilfitri," katanya. Harga semangkuk mi udang ialah RM6, manakala mi udang istimewa mengandungi lebih banyak udang ialah RM9. Selain mi udang, Ayam Tok Dah antara resipi istimewa bagi lauk nasi campur di restoran ini. Masakan berkenaan adalah resipi ibu mentuannya yang popular dengan Tok Dah (sudah meninggal dunia) dan digemari ahlil keluargannya. Masakan berkenaan kelihatan seperti resipi tradisional masakan Melayu, rendang. Bagaimanapun, ia sebenarnya campuran bahan masakan kari dan rendang yang turut dienakkan denga camputan kacang tanah, lengkuas dan serai. Biasaya cucur udang dimakan dengan kuah sos sebagai pencicah, namun di restoran Mee Udang D´Tanjung, kuahnya adalah kuah kacang dan dilengkapi tauhu dan timun. Cucur udang dan mi udang disediakan untuk hidangan petang. Restoran selera utara itu menyajikan nasi goreng istimewa D\´Tanjung mengandungi tiga ekor udanggoreng tepung, keropok ikan dan sos cili Siam. "Bagi penggemar udang, mungkin timbul kebimbangan jika makan terlalu banyak hidupan laut itu, kolestrol dalam tubuh badan tinggi hingga menjejaskan kesihatan. "Untuk itu, kami menawarkan air jus sihat yang dicipta sendiri bagi ´memotong´ kolesterol akibat banyak makan udang. Jus ini dibuat daripada batang saderi, epal dan timun," katanya. MAKANAN - HARGA Mi Udang - RM6 Mi Udang Istimewa - RM9 Laksa Penang - RM3 Pasembor - RM3 Cucur Udang - RM2.50 (satu set) Char Keutiau - RM4 Nasi Goreng Seafood - RM5 MINUMAN - HARGA Serbat Selasih - RM1.50 Jus Sihat - RM3.50 Jus Buahan - RM2 Halia O panas - 90 sen Halia O sejuk - RM1.20 [ Metro Ahad ] | ||||
| ||||
|
By Norainon Othman, , 20 Apr 2009 | ||||
|
||||
Restoran Mee Udang D'Tanjung | ||||
| Casual Dining | ||||
| ||||
|
, Batu Caves, Selangor read more >> | ||||
| ||||
Recent Comment (1)
You might also like these
|
| ||
|
|
![]() |
|
|||||
| Date: 03 Sep 2011 |
|
![]() |
|
|||||
| Date: 28 Aug 2011 |
|
![]() |
|
|||||
| Date: 22 Aug 2011 |
|
| Diy Day Banner |
| Diy Day Banner |
Posted by: hang castury | On: 04 June 2009
salam..dah try menu kat rest. mee udang dtanjung nie..mmg berbaloi n mantap..mee udang asli beb! udang fresh..menu Penang lain pun ok..laksa,pasembor,charkewteuw..yg best cucur udang..layannn!!rasanye kt tmpt lain x der cucur udang camtu..
sapa2 nak try,mmg d syorkan pegi..
bos mee udang x nk buka caw. ke kat area sg buluh..heheh!gd luck!