eats logo

Reviews

Menu burung puyuh

Menu burung puyuh | Viewed 4284 times

Rating |
Comments  0

SUSUN atur meja yang santai tetapi eksklusif dan menarik, disertai kemudahan Internet tanpa wayar (Wifi) secara percuma menyebabkan ramai beranggapan hanya orang yang berada atau ´ada kelas´ mengunjungi restoran itu.

Namun, sebaik menjejakkan kaki ke kafe Route 69 dan melihat sendiri senarai makanan yang tersedia daripada pilihan makanan ala barat, tomyam dan pizza, pasti ramai yang terpanggil untuk mengunjunginya.

Keistimewaan yang terdapat di restoran ini tidak hanya terletak pada dekorasi dalaman dan kemudahan disediakan, tetapi juga harga makanan berpatutan dan mampu memenuhi cita rasa serta kepuasan pelanggan.

Kedudukannya di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, berhampiran kawasan perumahan serta institusi pengajian tinggi menjadikan restoran itu lokasi pilihan sama ada untuk bersantai bersama keluarga, sahabat handai atau kekasih.

Sebaik melangkah kaki ke Route 69, pengunjung boleh memilih sama ada mahu menikmati hidangan di bilik berhawa dingin atau lepak di kaki lima restoran untuk menikmati pemandangan luar restoran.

Kemudahan bilik berhawa dingin yang mampu memuatkan lebih 50 orang selain dilengkapi kemudahan skrin layar dan sistem pembesar suara sesuai untuk lokasi bermesyuarat atau jamuan meraikan sahabat handai tanpa mengganggu pengunjung lain.

Pelbagai pilihan makanan ala barat di restoran itu boleh didapati pada harga berpatutan. Bagi yang inginkan kelainan boleh mencuba menu istimewa iaitu Set Sate Goreng pada harga RM7.90. Ia dihidang bersama ´coleslaw´ dan kentang goreng.

Lebih istimewa, sate ayam ini menggunakan ayam organik. Ia tidak dibakar atau dipanggang seperti sate biasa sebaliknya digoreng dan boleh dicicah dengan dua jenis sos sama ada `Black Pepper´ dan `Sweet & Sour´.

Peminat pizza juga boleh merasai keenakan tiga jenis perisa iaitu BBQ, black pepper dan supreme.

Bagi yang datang bersama keluarga atau sahabat handai set hidangan ´Family Set´, ´Friendly Set´ atau ´Couple Package´ ialah pilihan sesuai dan ditawarkan dengan harga istimewa.

Hidangan ´Family Set´ mengandungi tomyam, ikan (jenis ikan dan masakan boleh dipilih), sayur (boleh dipilih), telur bungkus dan sejenis lauk yang boleh dipilih mengikut cita rasa masing-masing pada harga RM75 untuk enam orang.

Hidangan bagi ´Friendly Set´ mengandungi makanan yang sama dengan harga RM50 Ia cukup untuk empat orang manakala set ´Couple Package´ hanya menawarkan tiga jenis masakan iaitu tomyam, sayur dan ikan pada harga RM25.

Pemilik restoran berkenaan, Abdul Aziz Shik Ahmad, berkata dia mengambil alih restoran itu daripada pemilik lain pada November tahun lalu dan mengubahsuai premisnya supaya kelihatan lebih moden dan segar

"Route 69 adalah nama sebuah tempat di Amerika yang terkenal dengan makanan barat. Nama berkenaan sesuai dengan restoran ini kerana menawarkan makanan ala barat sebagai hidangan utama selain tomyam dan pizza," katanya.

Abdul Aziz berkata, restorannya turut menawarkan satu lagi menu istimewa yang tidak terdapat di restoran lain iaitu Set Puyuh yang menggunakan burung puyuh sebagai bahan utama.

Keistimewaan set ini ialah pelanggan dapat merasai dan menikmati keenakan burung puyuh berempah yang digoreng seperti ayam biasa dan dihidangkan bersama ´coleslaw´ dan kentang goreng pada harga RM7.90. Murah, bukan?

MAKANAN - HARGA
Fish & Chip - RM8.90
Chicken Chop - RM8.90
Lamb Chop - RM13.90
Sate goreng - RM7.90
Set Puyuh - RM7.90
Family Set (tomyam, ikan, sayur, sejenis lauk & telur bungkus) - RM75
Friendly Set (tomyam, ikan, sayur, telur bungkus &sejenis lauk lain) - RM50
Couple Package (tomyam, sayur & ikan) - RM25
Pizza (BBQ, black pepper dan supreme) - RM7 - RM18

MINUMAM - HARGA
Jus 69 (campuran buah-buahan) - RM5
Jus lain - RM3
Ice Blended - RM4

[Metro Ahad]

 


By Noor Hastikah Hassan, , 05 Apr 2009

 

View 5.368056, 100.431389 in a larger map
Route 69

Route 69

Cafe

No 2&4, Lorong Perda Utama 11, Bandar Perda , Bukit Mertajam, Pulau Pinang read more >>

 
Menu burung puyuh Menu burung puyuh

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restaurant
Tahap kesedapan : biasa biasa ajer (mak mentua aku buat lg sedappp!!!!) Harga : mahal jika dibandingkan dgn harga (kateg ...
Date: 03 Sep 2011
Comments  7
Rating
Route 69
Route 69
Restaurant
i kerap makan kt sini sebab dekat dengan tempat kerja and umah. kalau ikutkan xnak pegi pun, tapi boy suh makan je kt si ...
Date: 28 Aug 2011
Comments  3
Rating
Suasana@Bangi Restaurant
Suasana@Bangi Restaurant
Restaurant
Food test great!!but service a bit slow maybe pasal bulan puasa lambat sikit kot..tp xdela sampai kul 8mlm still x dapat ...
Date: 22 Aug 2011
Comments  2
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner