eats logo

Reviews

Sajian kampung gamit selera

Sajian kampung gamit selera | Viewed 12472 times

Rating |
Comments  0

Restoran Anjung Sriwangsa di Ampang hidang aneka masakan tradisional

AROMA daging salai yang direbus dengan cili padi dan buah asam belimbing menusuk lembut ke hidung membangkitkan selera. Perut yang sememangnya sedang kosong terus rancak berkeroncong minta diisi.

Baunya saja menyebabkan rasa tidak sabar hendak menjamah lauk tradisional Melayu ini yang sememangnya semakin jarang ditemui hari ini. Kalau adapun, tidak semuanya benar-benar menggunakan kaedah masakan asli iaitu menyalai daging, tetapi sebaliknya dibakar saja.

Kecur air liur apabila dihidangkan bersama sambal belacan serta ulam-ulaman segar seperti kacang botol, jantung pisang dan ulam raja. Selain sambal belacan, ada sos lain seperti perahan asam dan kicap cili padi. Daging salai masak lemak cili padi dan sambal belacan sudah cukup membangkitkan selera. Pastinya makan bertambah apatah lagi tatkala nasi masih panas.

Jika ingin mencuba, kunjungi Restoran Anjung Sriwangsa yang terletak di Taman Putra Sulaiman, Ampang bertemakan Selera Kegemaran Malaysia. Gara-gara keenakannya, ramai pelanggan setia restoran ini tidak melepaskan peluang memesannya setiap kali mengunjunginya.

Ringkasnya, tidak lengkap makan tengah hari tanpanya.

Restoran yang diusahakan Azizah Radzuan ini sememangnya menyediakan pelbagai masakan kampung lain seperti daging masak gulai, gulai pisang muda pucuk paku, aneka kerabu seperti mangga, jantung pisang dan perut. Semua masakan adalah resipi Azizah sendiri yang mewarisi masakan berkenaan daripada ibunya yang berasal dari Melaka.

“Kebanyakan masakan ini adalah resipi asli orang kampung di Melaka mahupun Negeri Sembilan yang kaya dengan hidangan enak seperti asam pedas dan masak lemak cili padi. Selain lauk pauk, kami juga menyediakan hidangan tradisional Melayu yang jarang dijual seperti pulut kuning dengan rendang ayam atau daging, lempeng kelapa dan pelbagai pemanis mulut tradisional seperti sago gula Melaka, pengat pisang atau keladi dan sebagainya. Hidangan ini memang nampak remeh, tetapi tidak semua orang khususnya generasi baru berkesempatan menikmatinya atau memasaknya sendiri,” katanya.

Jumaat adalah hari yang mesti untuk mengunjungi Anjung Sriwangsa. Pada penghulu segala hari itu, restoran berkenaan menyediakan hidangan istimewa seperti nasi minyak ayam atau daging masak merah, nasi tomato atau beriyani yang dimakan bersama lauk pauk enak seperti rendang dan dalca pada harga serendah RM6.

Semua hidangan di situ juga boleh dinikmati pada harga berpatutan iaitu serendah RM3 ke atas bermula 7 pagi hingga 12 malam. Bagaimanapun, hidangan bufet bermula 11 pagi hingga 5 petang. Anda juga boleh menikmati hidangan lain bertemakan masakan Barat, Thai dan mamak. Antaranya seperti bihun goreng, mi mamak, tom yam, lamb dan chicken chop dan makanan kegemaran ramai, fish and chips.

“Awal pagi, pengunjung boleh menikmati hidangan kegemaran masyarakat Malaysia seperti murtabak, roti canai, lontong dan aneka kuih muih,” katanya.

Selain restoran, Anjung Sriwangsa turut menawarkan khidmat katering untuk majlis perkahwinan, jamuan rasmi, meraikan perayaan sehinggalah ke majlis sambutan hari jadi dan kenduri. Berpengalaman lebih 10 tahun, Anjung Sriwangsa memiliki koleksi menu makanan yang boleh diubah suai mengikut bajet dan keinginan pelanggan. Pakej bermula pada harga RM10 hingga RM20 seorang bergantung kepada jenis hidangan termasuk khemah.

INFO

  • Lokasi: No 43 G, Jalan Sulaiman 3, Taman Putra Sulaiman, Ampang.
  • Cawangan: Jalan 4 M, Ampang Jaya (sebelah surau Ubudiah)
  • Hidangan: Lauk pauk kampung dan selera kegemaran Malaysia seperti masakan Barat, Thai dan gaya mamak.
  • Tel: 03-42705303/42920303
[Berita Harian]

 


By Halina Mohd Noor, , 28 Feb 2009

 

View Larger Map
Restoran Anjung Sriwangsa

Restoran Anjung Sriwangsa

Casual Dining

43G Jalan Sulaiman 3, Taman Putra Sulaiman , Jalan Ampang, WP Kuala Lumpur read more >>

 
Sajian kampung gamit selera Sajian kampung gamit selera Sajian kampung gamit selera
Sajian kampung gamit selera Sajian kampung gamit selera

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Sakura Fuji Japanese Restaurant
Sakura Fuji Japanese Restaurant
Restaurant
Newly Renovated.Food very good,many regular Japanese eating here.I like ...
Date: 04 May 2014
Comments  1
Rating
Nyuk Pau Beef Noodle
Nyuk Pau Beef Noodle
Restaurant
Yummy.... must try.... ...
Date: 03 May 2014
Comments  1
Rating
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Restaurant
The quality of the food was good. But The Management of the restaurant is SUCK. Unbelievable!! MEISAN szechuan restaura ...
Date: 19 Apr 2014
Comments  1
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner