eats logo

Reviews

Hidangan terus dari dapur

Hidangan terus dari dapur | Viewed 5452 times

Rating |
Comments  0

Tembikar Panas sedia pelbagai masakan guna kaedah sizzling

Hidangan sizzling selalunya diperbuat menggunakan bahan berasaskan mi dan nasi, tetapi di Tembikar Panas, semua hidangan dimasak secara sizzling. Antara yang unik, roti john dan hidangan kegemaran masyarakat di Malaysia seperti kuey tiaw goreng kerang.

Tembikar Panas yang terletak di dalam kawasan medan selera Aeon Jusco Setiawangsa AU2 cukup popular dengan dua hidangan itu sejak ia dibuka awal tahun ini. Roti berinti daging atau ayam dibakar di atas piring panas sizzling yang enak dimakan bersama sos cili ketika masih panas.

Pemiliknya, Zanifah Md Nor, berkata lebih menarik, rotinya dibuat olehnya sendiri yang juga pemilik bakeri D Flowers Cake yang terletak di Rawang. Itulah sebabnya, Roti john yang dihidangkan di sini lebih lembut dan segar rasanya. Saiz roti yang agak sederhana sengaja direka agar mudah dibakar di dalam ´hot plate´.

“Roti john dihasilkan dengan memotong ban saiz sederhana yang dibelah pada bahagian tengahnya. Isi ayam atau daging cincang yang diperap rempah dan ramuan lain disapukan pada kedua belah ban sebelum dibakar hingga masak dan menerbitkan aroma mengasyikkan. Selepas masak, roti ditambah perisa dengan sos cili, mayonis, hirisan timun, tomato dan salad. Ia sesuai untuk semua golongan dan mereka yang mementingkan diet makan kerana ia penuh khasiat,” katanya.

Anda yang meminati sizzling juga boleh menikmati aneka cita rasa sizzling kuah pekat hitam yang enak digandingkan dengan pelbagai mi dan nasi. Antaranya mi lembut, yee mee (mi sanggul), kuey tiaw atau nasi putih. Sajian ini dihidangkan bersama potongan daging ayam , cendawan shitake dan sawi.

“Sizzling kuey tiaw goreng kerang antara hidangan paling digemari sama ada ketika waktu makan tengah hari mahupun malam kerana ia cepat dihidang, tetapi enak. Keenakan kuey tiaw goreng kerang ini kerana ia digoreng dan dihidangkan di dalam piring khas yang panas. Menu ini sesuai untuk mereka yang inginkan hidangan tengah hari atau malam yang pantas. Ia boleh dinikmati bersama udang,” katanya.

Penggemar sup boleh menikmati pelbagai hidangan sup di dalam periuk tanah atau claypot. Pelanggan boleh membuat pilihan untuk memilih sup daging atau sup ayam yang ringkas. Ia dimakan dengan pilihan bahan seperti kuey tiaw, yee mi, mi atau bihun. Sesuai untuk kanak-kanak atau pelanggan yang tidak gemarkan hidangan yang pedas, ia kurang berminyak dan boleh menjadi hidangan seimbang apabila ditambah sayur segar seperti sawi. Lebih enak, cubalah tom yam claypot yang mengandungi bahan seperti udang, bebola daging, jejari ketam dan sebagainya. Menggunakan yee mi, ia memberikan kelainan pada hidangan ini.

“Cubalah nasi ayam claypot jika inginkan hidangan lebih berat. Nasi ditanak di dalam periuk tanah menghasilkan aroma yang memukau. Apatah lagi jika nasi dimasak bersama air rebusan ayam, keenakannya cukup dirasakan. Setelah masak, nasi digandingkan dengan ketulan daging ayam, cendawan dan hirisan ikan masin. Kuahnya pula diadun daripada air rebusan yang dimasak dengan lada hitam, bawang putih, halia dan beberapa jenis kicap. Sebagai penambah selera, cubalah kerang bakar yang dihidangkan dalam piring yang panas sehingga masak dan dicecah dengan sos cili,” katanya.

Semua hidangan di Tembikar Panas boleh dinikmati pada harga RM4 ke atas. Ia dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam.

INFO
Lokasi: Arena Food Court, Aeon Jusco Setiawangsa, AU2, Kuala Lumpur
Pemilik: Zanifah Md Nor
Laman web: dflowerscake. blogspot.com
Kebersihan: Memuaskan

[Berita Harian]

 


By Halina Mohd Noor, , 14 Feb 2009

 

View Larger Map
Hidangan Tembikar Panas

Hidangan Tembikar Panas

Food Court

Arena Food Court, Aeon Jusco Setiawangsa, AU2, , Setiawangsa, WP Kuala Lumpur read more >>

 
Hidangan terus dari dapur Hidangan terus dari dapur Hidangan terus dari dapur
Hidangan terus dari dapur Hidangan terus dari dapur

Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Sakura Fuji Japanese Restaurant
Sakura Fuji Japanese Restaurant
Restaurant
Newly Renovated.Food very good,many regular Japanese eating here.I like ...
Date: 04 May 2014
Comments  1
Rating
Nyuk Pau Beef Noodle
Nyuk Pau Beef Noodle
Restaurant
Yummy.... must try.... ...
Date: 03 May 2014
Comments  1
Rating
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Restaurant
The quality of the food was good. But The Management of the restaurant is SUCK. Unbelievable!! MEISAN szechuan restaura ...
Date: 19 Apr 2014
Comments  1
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner