eats logo

Recipe

Kerabu mangga pembuka selera

Kerabu mangga pembuka selera | Viewed 14110 times

Malay Cuisine



DALAM masakan Melayu, kerabu dikatakan hidangan pembuka selera kerana kepelbagaian rasa yang membuatkannya menjadi kesukaan ramai terutama ketika berbuka puasa.

Populariti kerabu juga mencipta kreativiti suri rumah untuk mencari pelbagai resipi enak yang tidak terbatas hanya kepada buah-buahan seperti mangga muda dan betik tetapi membabitkan buah-buahan lain.

Menurut Chef Sous Melayu, Hotel Equatorial Kuala Lumpur, Chef Azhar Alias, keenakan kerabu dapat dirasakan menerusi bahan digunakan.

Ingredients

250 gram mangga muda dipotong panjang

10 ekor udang rebus

20 gram hirisan bawang merah kecil

20 gram hirisan bunga kantan

20 gram hirisan daun limau purut

20 gram hirisan cili merah

10 gram cili padi dipotong

10 gram daun ketumbar

1 biji limau nipis diperah airnya

20 gram sambal cili

3 sudu kacang tanah ditumbuk

10 gram gula dan garam

10 gram udang kering

[Measurement Equivalents]

Method

1. CAMPURKAN...masukkan mangga muda, udang rebus dan bawang besar ke dalam mangkuk.

2. BUNGA KANTAN...untuk menambah perisa, campurkan daun limau purut dan bunga kantan.

3. PEDAS...tambahkan cili padi dan cili merah untuk menambah warna dan rasa pedas.

4. PERISA...tambahkan gula dan sedikit garam.

5. CILI...masukkan sedikit sambal cili bersama air perahan limau nipis, gaul rata.

6. KACANG...akhir sekali campurkan kacang tanah tumbuk ke atas kerabu yang siap digaul.


 
Hotel Equatorial Kuala Lumpur

Hotel Equatorial Kuala Lumpur

Hotel Restaurant

27 Jalan Sultan Ismail, 50540 Kuala Lumpur. 50540, Jalan Sultan Ismail, WP Kuala Lumpur read more >>

 
Kerabu mangga pembuka selera

Have you tried this recipe? Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restaurant
Tahap kesedapan : biasa biasa ajer (mak mentua aku buat lg sedappp!!!!) Harga : mahal jika dibandingkan dgn harga (kateg ...
Date: 03 Sep 2011
Comments  7
Rating
Route 69
Route 69
Restaurant
i kerap makan kt sini sebab dekat dengan tempat kerja and umah. kalau ikutkan xnak pegi pun, tapi boy suh makan je kt si ...
Date: 28 Aug 2011
Comments  3
Rating
Suasana@Bangi Restaurant
Suasana@Bangi Restaurant
Restaurant
Food test great!!but service a bit slow maybe pasal bulan puasa lambat sikit kot..tp xdela sampai kul 8mlm still x dapat ...
Date: 22 Aug 2011
Comments  2
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner