eats logo

Recipe

Rebusan ikan Snapper merah bersama sos salsa buah delima

Rebusan ikan Snapper merah bersama sos salsa buah delima | Viewed 3136 times

Healthy Food



REBUSAN adalah teknik masakan sihat yang digunakan untuk mengurangkan pengambilan minyak serta kolesterol.

Hakikat ini diakui Junior Sous Chef, Hasnor Hussin, yang banyak mengetengahkan hidangan untuk kesihatan dengan mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan disediakannya.

Ingredients

Bahan untuk Urap Pegaga

* 20 gram cili kering

* 20 gram kunyit

* 50 gram bawang merah

* 20 gram ikan bilis goreng

* 50 gram kelapa parut

* 80 gram pegaga

* 50 gram hirisan zukini (dihiris memanjang)

* Sedikit jus lemon, garam dan lada putih untuk perasa

Bahan untuk rebusan ikan

* 160 gram kepingan ikan merah

* 10 gram daun saderi

* 5 mililiter jus lemon

* 20 gram bawang putih - dicincang

* 2 helai daun salam

* 10 gram daun thyme segar

* 200 mililiter stok ikan

* Garam dan serbuk lada putih secukup rasa

[Measurement Equivalents]

Method

Urap pegaga:

  1. KISARKAN...kisar cili kering, kunyit dan bawang merah dan masukkan ke dalam mangkuk kecil.
  2. MASUKKAN...ikan bilis goreng, kelapa parut dan bahan perasa dan perahan jus lemon dicampur bersama.
  3. POTONG...pegaga tadi dipotong untuk lebih sekata.
  4. GAUL...bahan yang dicampur bersama tadi digaul sebati bersama ulam pegaga.
  5. LETAK...ambil sedikit pegaga yang digaul sebati tadi dan letak pada hirisan zukini.
  6. GULUNG...kemudian gulung bahan berkenaan dengan kemas.
  7. LENGKAP...hiaskan dengan taburan sos salsa buah delima dan sos masam manis buah naga.

Merebus ikan:
  1. RATAKAN...guna campuran bawang putih, garam dan lada putih dan ratakan pada isi ikan. Gulung isi ikan dan ketepikan.
  2. PANASKAN...panaskan stok ikan yang mahu digunakan dalam kuali.
  3. MASUKKAN...masukkan semua bahan lain ke dalam periuk dan biarkan mendidih.
  4. LETAKKAN...apabila stok ikan mendidih, masukkan kepingan ikan yang digulung ke dalam periuk dan biarkan seketika hingga ikan masak.
* Untuk sos salsa buah delima - campurkan buah delima, bawang merah dan tomato (potong dadu), daun ketumbar (dihiris), jus lemon, minyak zaitun, gula perang serta garam dan lada putih untuk perasa.

* Untuk sos masam manis naga - panaskan kuali, masukkan mentega dan tumis bawang putih, lada benggala hijau, nanas, buah naga merah, sos plum dan perasa. Kacau hingga sebati dan pekat.

Terima Kasih:

Resipi disediakan Junior Sous Chef, Hasnor Hussin di Mines Wellness Hotel, Seri Kembangan.


 
Rebusan ikan Snapper merah bersama sos salsa buah delima

Have you tried this recipe? Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restaurant
Tahap kesedapan : biasa biasa ajer (mak mentua aku buat lg sedappp!!!!) Harga : mahal jika dibandingkan dgn harga (kateg ...
Date: 03 Sep 2011
Comments  7
Rating
Route 69
Route 69
Restaurant
i kerap makan kt sini sebab dekat dengan tempat kerja and umah. kalau ikutkan xnak pegi pun, tapi boy suh makan je kt si ...
Date: 28 Aug 2011
Comments  3
Rating
Suasana@Bangi Restaurant
Suasana@Bangi Restaurant
Restaurant
Food test great!!but service a bit slow maybe pasal bulan puasa lambat sikit kot..tp xdela sampai kul 8mlm still x dapat ...
Date: 22 Aug 2011
Comments  2
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner