Menu istimewa Timur Tengah di Restoran Fried Chicken House (RFCH), Shah Alam.
Ingredients
Penyediaan stok tulang:
BAHAN
1. 1 kg tulang biri-biri yang ada daging
2. 15 biji buah pelaga
3. 15 kuntum bunga cengkih
4. 15 biji lada hitam
5. 1 sudu kecil jintan putih
6. 1 biji buah pala (diketuk)
7. 3 helai bay leaf (daun salam)
8. 3 sentimeter halia (diketuk)
Penyediaan nasi:
BAHAN
1. 3 cawan beras basmathi
2. 2-3 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
3. 2 sudu minyak zaitun
4. 1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
5. 1 biji tomato kecil (potong dadu)
6. 3 biji buah pelaga
7. 3 kuntum bunga cengkih
8. 4 biji lada hitam
9. Garam secukup rasa
Penyediaan jelatah:
1. 1 biji tomato
2. 2 batang timun
3. 3 cili merah
4. 1/2 biji bawang besar Lemon/cuka, garam dan gula secukupnya
|
| [Measurement Equivalents] |
Method
1. Rebus tulang (biri-biri) dan daging sehingga empuk bersama rempah ratus, daun salam dan halia.
2. Ambil stok tulang dan daging.
3. Tumis bawang besar bersama minyak zaitun, kemudian masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. Masukkan tulang dan daging.
4. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
5. Untuk jelatah atau acar mentah, potong timun dan tomato (dadu)).
6. Letakkan minyak zaitun dan campur bersama sedikit cuka, gula, garam secukupnya bersama tomato dan cili merah.
|
|
|