Panna Cotta ialah sejenis manisan Itali yang berbentuk lembut seperti puding atau karamel. Rasanya sama seperti kek keju atau mousse.
Sama seperti puding yang menggunakan gula dan susu sebagai bahan utama, panna cotta ditambah gelatin bersama krim, susu, gula bagi memberikan rasa berlemak dan manis. Untuk hiasan pada bahagian atas terpulang kepada cita rasa masing-masing.
Terima kasih kepada Chef Mohd Firdaus Stenly Abdullah, Hotel Grand BlueWave.
Ingredients
250 mililiter susu segar
250 mililiter susu berkrim UHT
100 gram gula
20 gram serbuk gelatin
100 gram dadih
Buah-buahan campuran
Bahagian atas:
50 gram jeli segera
200 mililiter air panas
|
| [Measurement Equivalents] |
Method
1. SEDIAKAN bahan...susu segar, susu berkrim, serbuk gelatin, gula, dadih, buah-buahan campuran dan jeli segera.
2. MASAK...campurkan susu segar bersama susu berkrim UHT kemudian didihkan di atas api perlahan.
3. CAMPUR...campurkan gula dan gelatin kemudian kacau (untuk bahagian atas).
4. TAMBAH...masukkan gula ke dalam susu yang sedang dipanaskan kemudian kacau perlahan-lahan.
5. SEJUK...tuangkan ke dalam bekas lain dan biarkan sejuk.
6. DADIH...campurkan dadih di dalam susu yang sudah disejukkan.
7. SEDIAKAN BUAH...masukkan buah-buahan campuran di dalam bekas kaca berkaki.
8. TUANG...bahan campuran yang sudah sejuk dimasukkan di dalam bekas kaca berkaki kemudian biarkan.
9. AIR PANAS...campurkan jeli segera di dalam air panas dan kacau di atas api perlahan.
10. SEDIA...apabila bahan tadi sudah sejuk, masukkan jeli segera di atasnya.
11. BUAH...untuk lebih menarik, hias dengan strawberi dan hirisan coklat. Sedia untuk dihidang.
12. HIAS...hias dengan krim di atasnya.
|
|
|