MEMPELBAGAIKAN masakan cucur dengan kreativiti dan resipi tersendiri sememangnya menarik supaya hidangan minum petang tidak tertumpu kepada satu jenis resipi saja.
Jika sebelum ini sudah ada pelbagai jenis cucur popular seperti cucur bawang, pisang dan ikan bilis, apa kata kali ini jadikan cucur tauhu bawang goreng sebagai resipi terbaru koleksi hidangan cucur anda.
Idea kreatif yang dihasilkan pemilik perusahaan roti De´Noors Baker, Normah Abdul Rashid itu ternyata hidangan lazat buat seisi keluarga.
Ikuti langkah mudah menyediakan cucur tauhu bawang goreng yang dikendalikan Normah.
Ingredients
1 cawan tepung gandum
3 keping tauhu
Garam
2 biji lada merah
100 gram udang (gaul dengan kunyit dan goreng seketika)
2 tangkai daun sup dan daun bawang
1/2 cawan bawang goreng
Minyak masak untuk menggoreng
|
| [Measurement Equivalents] |
Method
- SEDIAKAN...bahan untuk cucur tauhu bawang goreng yang mudah diperoleh.
- CAMPURKAN...udang, daun sup, daun bawang, lada merah, garam dan bawang goreng ke dalam adunan tepung, kacau hingga sebati.
- PASTIKAN...adunan itu tidak terlalu cair bagi mengekalkan bentuknya selepas digoreng.
- PANASKAN...minyak untuk menggoreng dan gunakan senduk untuk mengekalkan bentuk cucur.
- ANGKAT...selepas kekuningan, angkat cucur dan toskan minyak seketika sebelum dihidangkan.
|
|
|