eats logo

Recipe

Nasi Mandy

Nasi Mandy | Viewed 6610 times

Arabian



MANDY, sejenis masakan nasi Arab yang enak seolah-olah nasi minyak. Ini kerana cara masakannya menggunakan rempah-ratus hampir menyamai beriani.

Berasal dari Timur Tengah, keenakan nasi mandy atau juga dikenali sebagai salathah juga disebabkan aroma dan cara masakannya yang tersendiri.

Restoran Zam Zam di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, menyediakan nasi mandy menerusi penyediaan bahannya yang tepat.

Rasa, aroma dan keseluruhan masakan mengekalkan keaslian dari tanah Arab supaya tidak mengecewakan penggemarnya.

Bagi menyedapkan masakan, ia turut mengutamakan buah pala, zaitun, salad serta sayuran bagi meneutralkan kandungan kolesterol.

Pilihan ayam, kambing serta kebab antara yang menjadi sebutan penggemar.

Begitu juga tarikan utama ke restoran menerusi dekorasinya seiring dengan nuansa Arab tradisional dan moden kontemporari sekali gus menggamit pengunjung untuk menikmati makanan seisi keluarga sambil bersantai.

Untuk sebarang pertanyaan, hantarkan e-mel kepada zamzam_arabicrestaurant@gmail.com

Ingredients

Bahan untuk memerap ayam:

1/2 sudu kecil lada hitam

1/2 sudu kecil ketumbar

1/2 sudu kecil jintan halus

1 sudu kecil kunyit kering

(Bahan di atas ini perlu dikisar halus)

1 biji lemon dibelah

2 labu bawang besar dipotong gelang

Sedikit safron

Rempah mandy secukupnya

Rempah mandy:

1 sudu kecil buah pala

2 sudu besar lada hitam

2 sudu besar buah pelaga

2 sudu besar bunga cengkih

1 sudu besar halia kering

4 helai daun bay (daun salam)

(Semua bahan ini perlu dikisar)

Rempah ratus:

4 sentimeter kulit kayu manis

5 helai daun bay

1 sentimeter buah pelaga

1 sentimeter lada hitam

1/2 sentimeter cengkih

1 1/2 sudu teh jintan putih

1sudu teh jintan manis

1/4 sudu teh serbuk limau kering (sedikit saja)

1/4 sudu teh serbuk limau

2 labu bawang besar untuk nasi

1 labu mayang - untuk digoreng

[Measurement Equivalents]

Method

* Masukkan rempah-ratus ke dalam periuk berisi air. Biar hingga mendidih. Masukkan juga sedikit garam.

* Rendam beras sebelum dimasak. Keluarkan sebahagian air rebusan sebelum masukkan beras.

* Apabila sup hampir kering dan nasi hampir masak, tuangkan pewarna pada satu tempat dan jangan kacau. Masukkan lemak yang sudah diletakkan dalam kertas timah dengan membentuknya seperti mangkuk di tengah nasi dan tutup seketika.

* Apabila nasi sudah masak, keluarkan kertas timah dan masukkan bawang goreng dan gaul biar sebati.


Petua chef:

* Pilih ayam segar untuk memastikan cita rasa seiring resipi yang dihidangkan.

* Perap ayam dalam tempoh yang agak lama bagi menentukan ayam dan rempah-ratusnya mesra.

* Pastikan beras pilihan paling bermutu tinggi.



 
Zam Zam Restaurant

Zam Zam Restaurant

Fine Dining

Oasis 9 Shopping Complex, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F, 40000 Shah Alam. 40000, Shah Alam, Selangor read more >>

 
Nasi Mandy

Have you tried this recipe? Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restaurant
Tahap kesedapan : biasa biasa ajer (mak mentua aku buat lg sedappp!!!!) Harga : mahal jika dibandingkan dgn harga (kateg ...
Date: 03 Sep 2011
Comments  7
Rating
Route 69
Route 69
Restaurant
i kerap makan kt sini sebab dekat dengan tempat kerja and umah. kalau ikutkan xnak pegi pun, tapi boy suh makan je kt si ...
Date: 28 Aug 2011
Comments  3
Rating
Suasana@Bangi Restaurant
Suasana@Bangi Restaurant
Restaurant
Food test great!!but service a bit slow maybe pasal bulan puasa lambat sikit kot..tp xdela sampai kul 8mlm still x dapat ...
Date: 22 Aug 2011
Comments  2
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner