KETIKA ini, rumah terbuka giat diadakan. Pengusaha katering antara yang tidak menang tangan menjalankan tugas memasak memenuhi tempahan menimbun bagi menjayakan hasrat tuan rumah. Pada saya mengadakan rumah terbuka ada baik dan buruknya. Baik kerana ia mungkin antara cara menjamu jiran tetangga dan kenalan. Tetapi buruknya apabila kesempatan itu tidak dapat digunakan untuk bertanya khabar.
Manakan tidak, selalunya apabila tetamu sudah ramai, tuan rumah tidak sempat bertegur sapa dengan tetamu. Maka akhirnya, jadilah kunjungan kita ke sesebuah majlis rumah terbuka itu, tidak lebih daripada ´pergi makan´ dan pulang ke rumah denganperut kenyang. Minggu ini saya membawakan resipi kuih batang buruk.
Nampak rumit, tetapi berbaloi dengan rasanya. Selamat mencuba.
Ingredients
600 gm tepung gandum 300 gm tepung beras 1 biji santan kelapa 600 gm kacang hijau 400 gm gula (dikisar) 2 biji telur ayam Minyak untuk menggoreng
|
| [Measurement Equivalents] |
Method
1.Gaul tepung dengan santan. (Santan perlu dipanaskan hingga mendidih supaya kuih tahan lebih lama)
2.Masukk an telur.
3.Uli hingga menjadi doh.
4.Canai hingga menjadi nipis.
5.Gunakan mesin supaya ia menjadi lebih nipis.
6. Potong ikut saiz 2cm x 3cm.
7.Gulungk an ia menggunakan penyedut besar untuk membuat sarang kuih berkenaan.
8.Goreng dan apabila garing, angkat dan masukkan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.
9.Siap untuk dihidang.
|
|
|