eats logo

Recipe

Biskut bangkit sagu kurma

Biskut bangkit sagu kurma | Viewed 6920 times

Kuih Raya



TIBA giliran saya mengelola ruangan kecil, tetapi menyelerakan ini. Sudah pasti sepanjang tempoh dua bulan ini, menu hidangan dipaparkan cenderung kepada selera ketika berbuka puasa dan biskut untuk dinikmati pada pagi hari raya.

Bagi saya yang baru saja memulakan tugasan selepas berehat dan berpantang selama dua bulan, (menerima permata hati lagi), sudah tentu tugasan ini ’mencabar´ selera saya, manakan tidak kerana perlu meneruskan lagi sisa-sisa ’berpantang´ seperti menghindari makanan sejuk dan makanan tertentu untuk terus sihat dan tidak menyebabkan bayi kembung (kalau makan tidak berpada dan mengambil yang berangin dan sejuk dipercayai boleh menyebabkan bayi kembung perut).

Bagaimanapun itu bukanlah halangan untuk saya mencungkil menu enak untuk anda mencuba dan nikmati bersama keluarga. Minggu ini saya paparkan resipi biskut bangkit sagu kurma hasil ciptaan pemenang pertama Pertandingan Resipi Aidilfitri Kategori Biskut Tidak Berinti, Nazura Zainal Abidin, anjuran Berita Harian untuk dicuba lebaran nanti.

Ingredients

Bahan A:

150 gram mentega Mack
 50 gm gula castor
3 sudu besar susu Dairy Champ
2 sudu besar santan kelapa Harmuni
1 sudu kecil perisa vanilla Star Brand

Bahan B:

100 gm tepung sagu
200 gm tepung Blue Key
40 gm tepung jagung
4 biji kurma - dibuang biji dan dicincang halus
1 sudu kecil serbuk penaik


[Measurement Equivalents]

Method

1. Adunka n bahan A sehingga kembang.

2. Masukka n pula bahan B dan adunkan sehingga sebati.

3. Kelua rka n adunan, ratakan dan bentukkan doh mengikut cita rasa anda.

4. Doh yang siap di bentuk bolehlah disusun di atas dulang pembakar. Bakar
   lebih kurang 20 minit pada suhu 175 darjah Celsius.

5. Balutka n dengan reben atau kertas berwarna sebagai hiasan.

 
Biskut bangkit sagu kurma

Have you tried this recipe? Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Sakura Fuji Japanese Restaurant
Sakura Fuji Japanese Restaurant
Restaurant
Newly Renovated.Food very good,many regular Japanese eating here.I like ...
Date: 04 May 2014
Comments  1
Rating
Nyuk Pau Beef Noodle
Nyuk Pau Beef Noodle
Restaurant
Yummy.... must try.... ...
Date: 03 May 2014
Comments  1
Rating
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Restaurant
The quality of the food was good. But The Management of the restaurant is SUCK. Unbelievable!! MEISAN szechuan restaura ...
Date: 19 Apr 2014
Comments  1
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner