RESIPI enak berasaskan daging ada penggemarnya tersendiri termasuk rendang tok.
Daging batang pinang adalah bahagian terbaik dan sesuai untuk dibuat rendang yang menjadi kebanggaan orang utara sama ada di Kedah, Perak atau Pulau Pinang.
“Ramai memilih daging batang pinang kerana ia bahagian paling berkualiti.
Dagingnya lembut berbanding bahagian lain kerana ia senang dimasak selain rasanya yang enak,” kata Chef Sous Eksekutif Hotel Quality, Shah Alam, Hikmal Hisham Ramlee.
Menurutnya, untuk menjadikan rendang itu tahan lama, pastikan ketika menggoreng, rempah ratus dan bahan tumisan lain dilakukan sehingga minyak benar-benar pecah.
“Cara olahannya menentukan sama ada rendang itu sedap dan tahan lama atau sebaliknya,” katanya.
Rendang tok bukan saja enak dimakan bersama nasi, malah sedap dicicah bersama ketupat palas, lemang atau nasi himpit.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi hotel terbabit di talian 03-55103696 atau layari www.quality.com.my.
Ingredients
Bahan A (dikisar)
- 2 biji bawang merah
- 3 batang serai
- 5 biji bawang putih
- 5 sentimeter halia
- 100 gram lengkuas
- 50 gram jintan manis
- 50 gram jintan putih
- 50 gram lada hitam
- 200 gram isi kelapa
Bahan B
Bahan lain
- 1/2 kilogram daging batangpinang
- Minyak masak untuk menumis
- 2 kilogram santan kelapa
- 500 gram kerisik
- 5 helai daun kunyit
|
| [Measurement Equivalents] |
Method
Cara memasak: 1. Panaskan kuali dan tuangkan minyak masak untuk menumis bahan A.
2. Kemudian, masukkan bahan B.
3. Selepas itu, masukkan daging, kerisik, daun kunyit dan santan, kacau perlahan-lahan menggunakan api sederhana.
4. Kacau hingga masak. Hias dan hidangkan.
|
|
|