eats logo

Recipe

Masak Lemak Ayam Cili Padi

Masak Lemak Ayam Cili Padi | Viewed 49205 times

Malay Cuisine



AYAM antara menu pilihan ramai selain mengandungi protein penting untuk tubuh manusia.

Bukan hanya digoreng, daging ayam boleh diolah dalam pelbagai cara bagi menghasilkan resipi tersendiri.

Bagi Eksekutif Sous Chef Hotel & Spa Ancasa, Kuala Lumpur, Chef Roslie  Lamsarah, pelbagai resipi istimewa boleh dicipta menggunakan ayam segar.

Menurutnya, ayam masak lemak antara resipi yang mampu memenuhi selera ramai. Menggunakan santan dan cili padi, rasanya pasti membangkitkan selera.

Memilih ayam segar, ia boleh diteliti daripada pelbagai sudut, antaranya engan memicit isinya. Jika daging itu segar, ia akan kembali ke bentuk asal. Berbanding daging ayam yang tidak segar, kesan jari akan kelihatan.

"Pastikan juga kulit ayam yang dipilih bersih daripada sebarang bulu halus. Selalunya bakteria mudah terkumpul pada bahagian itu. Oleh itu, lebih baik jika buang kulit ayam sebelum dimasak dan jangan beli ayam yang terlalu banyak patah tulang," katanya.

Berminat untuk menikmati ayam masak lemak cili padi, hubungi hotel terbabit di talian 03-20266060 sambungan 7703 atau layari www. ancasa-hotel.com.

Ingredients

Bahan:

- 1 ekor ayam3 biji cili merah
- 2 batang serai
- 1 labu bawang besar
- 1 keping asam gelugur
- 1 1/4 biji kelapa atau 1paket santan serbuk (1 biji diambil santan, 1/4 biji dijadikan kerisik)
- 20 cili api atau cili kering pedas
- 2.5 sm kunyit hidup
- Garam secukup rasa

[Measurement Equivalents]

Method

Cara membuatnya:

* Ayam dipotong mengikut cita rasa.
* Cili api, cili merah dan kunyit hidup ditumbuk hingga lumat, serai dititik serta bawang besar dimayang halus.
* Masukkan ayam dan bahan yang sudah ditumbuk ke dalam periuk berserta bawang yang sudah dimayang, serai dan santan.
* Masak hingga mendidih.
* Masukkan pati santan,  asam gelugur dan kerisik, kacau hingga rata.
* Apabila ayam sudah empuk, masukkan garam secukup rasa.


 
Masak Lemak Ayam Cili Padi

Have you tried this recipe? Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

Recent Comment (3)

Posted by: Mcburn Kitchen | On: 25 March 2011

Generally, masak lemak is originated from Nogori. Especially recipe masak lemak cili api. In this contact of masak lemak cili api, the cili must be the kampong cili, or normally call cili burung. Those that you can easily get from the market is either cili akar,cili kulai, cili semerah where the taste, and flavor is not compatible to masak lemak cili api. Shallot, garlic and onion are not part of the ingredient for masak lemak cili api. Please visit my blog for authentic masak lemak cili api.
http://mcburnkgkitchen.blogspot.com

Rating

Posted by: nik | On: 22 August 2009

masak lemak Nogori yang tak pakai bawang lemak negeri lain gunalah.
The recipe here is tha basic type, not bad for taste.

Rating

Posted by: aunwar | On: 11 August 2009

Bang original masak lemak tak pakai bawanhlah.

Rating

You might also like these


Sakura Fuji Japanese Restaurant
Sakura Fuji Japanese Restaurant
Restaurant
Newly Renovated.Food very good,many regular Japanese eating here.I like ...
Date: 04 May 2014
Comments  1
Rating
Nyuk Pau Beef Noodle
Nyuk Pau Beef Noodle
Restaurant
Yummy.... must try.... ...
Date: 03 May 2014
Comments  1
Rating
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Meisan Szechuan Restaurant - Quality Hotel Shah Alam
Restaurant
The quality of the food was good. But The Management of the restaurant is SUCK. Unbelievable!! MEISAN szechuan restaura ...
Date: 19 Apr 2014
Comments  1
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner