eats logo

Recipe

Udang Goreng Mentega Berkari

Udang Goreng Mentega Berkari | Viewed 16054 times

Others



MENYEDIAKAN udang goreng mentega berkari yang enak, rangup atau  berderai, seseorang itu perlu memastikan penyediaannya yang betul.

Menurut chef masakan Melayu Hotel Armada, Petaling Jaya, Chef Suzaini Darudi, antara perkara diberi keutamaan adalah cara memukul telur.

Seterusnya, cara memanaskan mentega dengan betul amat perlu sebelum dicampurkan dengan telur dan dipukul perlahan- lahan.

"Apabila benar-benar sebati dan hampir kering, ia menghasilkan udang yang rangup. Selain itu, campuran bahan dengan sukatan betul akan menyedapkan lagi masakan dihasilkan," katanya.

Bagi memastikan udang yang segar, dia berpesan supaya melihat kulit  dang yang keras.

Ini kerana kulit sedemikian menunjukkan yang ia segar dan baik untuk masakan berbanding kepala udang kemerahan yang menunjukkan udang itu tidak segar.

Mengenai cara menyimpan udang yang betul jika seseorang itu tidak mempunyai peti ais, dia berkata udang boleh disimpan dengan mencucinya hingga bersih, kemudian sejatkan airnya hingga kering.

Katanya, untuk tahan lebih lama, gaulkan udang itu dengan sedikit gula  an simpan di dalam bekas yang tertutup rapat supaya ia tetap segar meskipun disimpan sehingga dua hari.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-79546888 atau layari www.armada.com.my.

 

 

Ingredients

Bahan (untuk sajian lima orang):



  • 10 ekor udang besar
  • 5 biji telur (dipukul)
  • 1 sudu besar rempah kari
  • Garam dan perasa secukup rasa
  • Lada sulah (pilihan)3 senduk besar mentega (secukupnya untuk membuatkannya
  • rangup dan berderai)
  • 1/2 tin susu cair






[Measurement Equivalents]

Method

Cara memasak:


1. Bersihkan udang (tidak perlu buang kulit).


2. Cair dan panaskan mentega seperti hendak menggoreng. Sementara menunggu mentega panas, tuangkan susu perlahanlahan dan kacau hingga pekat.


3. Gaulkan udang, rempah kari, garam dan perasa serta lada sulah dan telur yang sudah dipukul.


4. Apabila mentega panas, masukkan semua udang berempah tadi ke dalam kuali, pastikan api tiga sukur, kaut dan sentiasa dikacau.


5. Masak sehingga udang kemerah-merahan dan telur tadi menjadi helaian (untuk mendapat aroma kari, campurkan daun kari semasa menggoreng).


6. Apabila sudah masak, toskan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


INFO:


Api menggoreng hendaklah tiga sukur panas untuk mendapatkan carikan telur yang cantik dan digoreng tidak hangus manakala udang akan garing seperti yang diinginkan. Api yang kecil akan membuat telur makan minyak.


 


 
Udang Goreng Mentega Berkari

Have you tried this recipe? Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

You might also like these


Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restaurant
Tahap kesedapan : biasa biasa ajer (mak mentua aku buat lg sedappp!!!!) Harga : mahal jika dibandingkan dgn harga (kateg ...
Date: 03 Sep 2011
Comments  7
Rating
Route 69
Route 69
Restaurant
i kerap makan kt sini sebab dekat dengan tempat kerja and umah. kalau ikutkan xnak pegi pun, tapi boy suh makan je kt si ...
Date: 28 Aug 2011
Comments  3
Rating
Suasana@Bangi Restaurant
Suasana@Bangi Restaurant
Restaurant
Food test great!!but service a bit slow maybe pasal bulan puasa lambat sikit kot..tp xdela sampai kul 8mlm still x dapat ...
Date: 22 Aug 2011
Comments  2
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner