eats logo

Recipe

Mee Goreng Mamak

Mee Goreng Mamak | Viewed 7812 times

Others



BAGI penggemar mi mamak, pasti anda tahu keenakan masakan itu. Bukan semua orang pakar memasak makanan itu kerana kadangkala ia keistimewaan seseorang.

Bagi Chef Anuar Abdul Aziz, Senior Sous Chef Di-Atas Brasserie, Coffee House Hotel Legend Kuala Lumpur, sebelum memasak, mi perlu dicelur dan ditoskan terlebih dulu bagi memastikan ia bersih.

Ingredients

- 1 bungkus mi kuning (untuk empat orang makan)


- 1/2 cawan kerang rebus


- 1/2 cawan udang sederhana, buang kepala


- 2 biji telur, pukul sedikit


- 3 tangkai sawi, potong 2 inci


- 2 cawan tauge, bersihkan


- 1 cawan kucai (potong mengikut kreativiti anda untuk menghias)


- 1 biji cili merah, hiris nipis


- 1 keping tahu, kiub dan goreng


- 2 sudu besar cili boh (cili boh untuk mi goreng mamak berbeza dengan gorengan biasa kerana dicampur dengan belacan dan hendaklah dibakar sebelum ditumbuk bersama bahan lain dan digaul bersama cili boh berkenaan)


- 1 kiub perisa


- 3 sudu besar sos tomato


- 3 sudu besar serbuk kacang sate atau pecal


- Kicap manis


- Garam secukup rasa


- 3 biji telur rebus


- Bawang goreng


- Limau kasturi


- Daun sup dan daun bawang


Bahan tumbuk:


- 3 ulas bawang putih


- 3 ulas bawang merah


- 2 batang serai


[Measurement Equivalents]

Method


1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cili boh dan kiub perisa, goreng sebentar.


2. Kemudian masukkan udang dan mee. kacau lagi. Masukkan telur, kerang, kicap dan sos tomato. Kacau lagi kemudian masukkan sawi, kucai, tauhu serbuk kacang, cili.


3. Akhir sekali masukkan tauge. Jika kurang masin boleh tambahkan garam atau kicap masin.


4. Angkat dan letakkan ke dalam mangkuk atau pinggan besar. Hiaskan dengan bawang goreng, telur rebus, hirisan limau kasturi, daun sup dan daun bawang.


 
Mee Goreng Mamak

Have you tried this recipe? Click here to leave a comment




  • Your email will not be published

  • Math Question*  = 

    Check your answer first before submit button is enabled

  • *Denotes required field

Recent Comment (1)

Posted by: Aini | On: 19 August 2010

First time masak mee mamak n jadi pulak tu!

Rating

You might also like these


Chakra Restaurant
Chakra Restaurant
Restaurant
Wow - Amazing food and the best service in Malaysia. Would love to go again and again whenever I am in JB. Wish we have ...
Date: 16 Nov 2012
Comments  1
Rating
Satay Station
Satay Station
Restaurant
Overall is good but a bit expensive compared to satay samuri, the one thing i dont like is the peanut sauce kind of´drie ...
Date: 31 Aug 2012
Comments  3
Rating
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Restaurant
Tahap kesedapan : biasa biasa ajer (mak mentua aku buat lg sedappp!!!!) Harga : mahal jika dibandingkan dgn harga (kateg ...
Date: 03 Sep 2011
Comments  7
Rating

Diy Day Banner

Advertise here ( RM25.00/day)


Advertise here ( RM25.00/day)


Diy Day Banner